Saturday, February 2, 2013

Mama #1

Assalamualaikum and hi readers. *bajet ada readers nak baca... hehe. kalau ada readers, Alhamdulillah.*

Kali ni nak cerita sikit pasal bonda terchentaaaa... Tak kisahlah korang panggil ibu ke, bonda ke, mama atau umi. Yang pasti, panggilan itu merujuk kepada seorang manusia, perempuan, yang telah mempunyai anak.

Kalau anak punya masalah, pada siapa dorang ni nak mengadu??

"Ibu."

OK. Baiklah. Kalau ibu punya masalah, pada siapa ibu nak mengadu??

A) Suami
B) Parents dia
C) Tuhan
D) Pada Si Kiah, jiran rumah sebelah
E) Pendam sorang diri

Mesti most of you akan jawab C. Sebabnya, mengadu masalah pada Tuhan adalah perkara yang bagus dilakukan daripada bercerita dengan jiran sebelah. Sekurang-kurangnya, mendekatkan lagi diri manusia dengan Tuhan. Betul tak??

Yep. Tepat sekali. Memang betul, ibu akan mengadu dengan Tuhan tentang kehidupan dia, kehidupan keluarga dia, meminta keberkatan untuk dirinya, suaminya yang dicintai dan anak-anaknya yang dikasihi.... 

Tetapi adakah korang sedar yang ibu jarang sekali bercerita tentang masalah yang dihadapi pada anak-anaknya??

Kerana ibu memahami, anak-anaknya sudah punya masalah mereka sendiri.

Kerana ibu mengerti, anak-anaknya tidak perlu dibebani dengan masalahnya.

Kerana ibu mengetahui, anak-anaknya tidak akan pernah faham dengan masalahnya sampailah tiba waktu, si anak itu sendiri berada di tempat ibu.

Makanya, sayangilah ibu korang. Allah s.w.t. dah campakkan perasaan kasih dan sayangNya sedikit ke dalam hati manusia bernama ibu (dan ayah). Sebab itulah insan yang bergelar ibu (dan ayah) mengasihi dan menyayangi anak-anaknya TANPA SYARAT. Walaupun anak-anak dah menconteng arang ke muka ibu (dan ayah), ibu (dan ayah) masih menerima anak-anak tersebut dengan hati yang terbuka.

TAPI ADAKAH ANAK PERNAH TERFIKIR???

Tanya pada diri sendiri. Mampukah kita, sebagai anak, mengasihi dan menyayangi ibu (dan ayah) kita TANPA SYARAT?

Tanyalah khabar ibu (dan ayah) masing-masing di rumah... Kalau ibu dah tanya "Bila kau nak balik, nak?" atau "Minggu depan kakak/abang/adik balik tak?" atau "Cuti umum balik tak nanti?", itu tandanya ibu dah rindu sangatlah tu dengan anak-anak dia. Baliklah rumah. Tengok keadaan ibu dan ayah kita. Kalau dah tak dapat sangat nak balik rumah, rajin-rajinkanlah diri untuk SELALU bertanyakan khabar dari telefon. Ibu (dan ayah), kalau dapat dengar suara anak-anak, MasyaAllah... gembira rasa hati mereka. Itupun salah satu cara nak gembirakan hati ibu (dan ayah) kita. :) Jaga hubungan kita dengan Allah s.w.t., jaga hubungan kita dengan manusia. Salah satu daripada manusia tersebut, adalah ibu kita. Jaga bahasa dan nada bila bercakap dengan ibu (dan ayah) kita. Apabila ibu (dan ayah) kita semakin tua, emosi mereka lebih cepat untuk berasa sensitif terhadap sesuatu perkara. Kadang-kadang kita tak bermaksud untuk marah mereka, tapi bila salah faham terjadi (maklumlah dah tua...) mereka akan cepat kecil hati dengan perlakuan atau percakapan kita. Dan semudah itu juga kita yang jadi anak ni boleh dapat title "ANAK DERHAKA". Na'udzubillahimin dzalik... Maka, jaga hubungan elok2, cantik2 dengan ibu (dan ayah). OK? :)

Aku banyak perhatikan, orang yang kurang menjaga hubungan dengan ibu sendiri, perjalanan hidupnya sangat susah. Rezeki sukar datang. Banyak rintangan dalam hidup. Tapi bila dibandingkan dengan manusia yang mempunyai hubungan yang sangat baik dengan ibu sendiri, Allah.... rezeki mencurah-curah datang. Urusannya dipermudahkan. Perjalanan hidupnya sangat mudah.

Mama pernah pesan pada diri ini: Antara salah satu balasan yang Allah s.w.t. dah tunjukkan atas dunia lagi adalah balasan anak derhaka.

MasyaAllah... Takutnya.

Kalau takut dengan balasan Allah, jaga hubungan dengan ibu ye! Sama juga seperti ayah kita. (Untuk ayah, next entry pula ye...heehe)
Ok. Till then. Take care.
Assalamualaikum.


nota tak berkaki: cara aku tulis entri kali ini macam aku plak yang dah jadi ibu. wow. *clap. clap.*

No comments:

Post a Comment

Leave your footprints here. Use good words.

Treat me as how you want me to treat you.

Arigato! :D