Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, June 22, 2016

Ramadhan 2016 #1

tak tahu entah berapa kali aku ulang tajuk yang sama. mungkin aku dah habis idea.
mungkin.
ceritanya... mama dimasukkan ke wad. asalnya hanya untuk buat MRI. tidaklah aku sangka sampai melarat-larat macam ni sekali.
mama mengadu sesak nafas, penat pada pagi Rabu 15/06/16. dan itulah kali terakhir aku tahu mama dalam keadaan sedar sebelum segala tiub, mesin, wayar take over diri dia.

Rabu 15/06/16, 2 petang.
aku bergilir dengan abah menjaga mama di wad 6. disebabkan takde buat apa-apa... mama pun belum sedar lagi, aku baca je la article yang aku print out. around 4.30 pm, mama sedar. tangannya meraba ke hidung, ke mulut perlahan-lahan. tahu agaknya hidung dan mulut disumbat dengan segala tiub. pukul 5 petang, mama sedar lagi sekali dan cuba nak cabut tiub-tiub tu.

mama di"pengsan"kan sekali lagi.

pukul 6.45 petang, waktu macamni orang semua pulun nak balik rumah, berbuka puasa dengan family. aku? menghadap mama dibalik tirai hijau. entah apa yang mama rasa disebalik tirai tu. segala doktor entah dari department mana, kerumun katil mama. hampir waktu berbuka, orang lain sibuk dengan final touch-up masakan masing-masing, atau sibuk berdoa di meja makan. aku dipanggil doktor pakar yang merawat mama, katanya call abah aku, dan waris terdekat. Juga ajarkan syahadah di telinga mama. sumpah. aku rasa lembik sangat-sangat. sebab aku tak pernah terfikir, mahupun menyangka yang aku - orang yang dipilih Tuhan pada masa itu - untuk bertemu dengan mama dalam keadaan kritikal macam tu. sebelum ini, adik aku dah pernah menjaga mama masa aku study jauh dulu.

orang pertama yang aku call, Abah. Kedua, meknon Fareha. Tenggelam timbul suara bagitahu sorang-sorang. Dah tak fikir perut lapar nak buka puasa ke... minum air pun boleh lupa. Sekadar coklat & burger (dah doktor suruh cari makanan yang paling berat, itu je lah yang ada...). Tak sangka pulak jiran aku (dulu jiran, sekarang dah pindah), boleh call aku time buka puasa. Dia expect mama masuk hospital tu nak operate. Tak sangka pulak bila dia call, suara aku tengah menangis yang dia dengar. Saudara mara jauh dekat, semuanya dah diberitahu dalam Whatsapp group keluarga. Mengejut jugaklah dapat tahu perkhabaran macam ni. Masing-masing dah ready nak naik ke KL esoknya... Mama? Menunggu ICU team bagi greenlight. Katil penuh masa tu...

11.50 malam. Received greenlight from ICU.

1 pagi Khamis 16/06/16
balik ke rumah.

3.30 pagi
doktor call abah. bagi tahu paru-paru dan buah pinggang mama dah teruk... tawakkal tu ala'Allah...

Waktu melawat tengahari tu... semua duk nangis lawat mama. kerja-kerja aku memang dah tak bersentuh lepas tu... adik ponteng sekolah. fathin ponteng kuliah. aku ponteng lab. abah aku tak tahulah dia apply cuti ER ke x. masing-masing tenggelam dalam emosi. diam.

dan mama ditidurkan lagi dengan segala jenis ubat...

Tidurlah ma.
Tidurlah buat seketika.
selama ni mama dah devote all your life menjaga kami.
sekarang ni, buat masa ni, doktor dan nurse yang jaga mama.
later, mama dah stabil sikit, kami jaga mama pulak.
inshaaAllah.
moga Allah mudahkan urusan kami.

pada sesiapa yang membaca entri ini... kalau rajin, cuba cari terjemahan doa surah Yaasin.
bila sampai pada "Yaa mufarriju farrij. Farrij a'nna humuumanaa... (sampai habis doa)" aku rasa sebak sangat bila perhatikan maksudnya.

tadabbur isi doa. bertepatan apa yang berlaku saat ini.

mama. akak tak boleh tidur dari tadi. sebab akak tahu waktu begini mama akan bangun dan akak pun akan terbangun sama biasanya.

rindu.


Sunday, March 27, 2016

hari yang panjang

Draft on 27-Mar-2016:

hari ini. aku ada masalah. takdelah besar mana, tapi boleh sangkut satu sem jugaklah.

aku boleh mengadu dengan Tuhan yang masalah aku besar ini, dan ini.

hari ini. aku ada masalah. aku masih boleh call rumah dan mengadu dengan mak. dengan abah. boleh minta doa dari dorang.

sebab...
mak abah masih bernyawa.

bila mak abah dah tiada. pada siapa lagi aku nak minta doanya untuk struggle kehidupan esok hari?



Update on 24-Oct-2016:

rindu. Mama.

Wednesday, December 2, 2015

Mama #2

After a month, baru nak update blog...
Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Masih diberi ruang, dan peluang pada diri ini untuk memperbaiki diri. Itu pun satu rezeki. Betul tak? ;)

Now, tengah menyelit masa kejap nak sapu habuk kat blog. (belum upgrade lagi jadi sawang macam bulan-bulan yang lepas. hihihi) Tengah-tengah menulis untuk personal notes (well, I will keep my notes for next meeting with my supervisor, usually), angin sayu pulak yang datang.

Sayu? Kenapa?

My mum tengah tak berapa nak sihat and it's my job to be with her. Walaupun kadang-kadang tu aku tak nak lepaskan mama sorang-sorang kat rumah. Tapi apa boleh buat, dah aku kena pergi lab (as usual), yg sorang kat uni dia, yg sorang lagi sekolah (tapi thank goodness, now is school holiday - dia tolong tengokkan mama kat rumah), abah - for sure, kerja.

A friend of mine saying, "boleh buat banyak pahala." (more less like that la...) Yes. Memang lubuk pahala kalau menjaga mak abah, kena pulak kau memang ikhlas sungguh-sungguh jaga dorang.

One thing yang aku rasa susah adalah jangan bagi dorang susah hati. Tak kira pasal apa pun, jangan bagi mak abah ni susah hati. Aku pulak jenis yang susah nak jaga composure, air muka ke... riak wajah ke... memang bab itu aku FAIL. hmm... mama pulak tak boleh tengok aku nangis ke apa... Mesti mama akan tanya. and as usual, I can't lie to her. Why?

"Anak yang pernah duduk dalam perut mama 9 bulan, segala isi hati anak mama, semua mama tahu."

Kau rasa? Kau boleh tipu mak kau?

Aku tak boleh tipu mak aku apa yang aku rasa bila tengok keadaan dia macam tu. Tambah lagi, dengan sekarang dah sibuk dekat lab. One more, aku bersyukur sangat sebab setelah beberapa lama merantau mencari ilmu, jauh dari pandangan mak abah... Akhirnya, kali ini, aku belajar lagi tapi boleh ulang alik la dari rumah. *doa mama & nenek makbul ni* So, agak-agak kalau kepala dah serabut, otak dah tak boleh nak analyze kat lab tu, memang aku call mama. At least, she feels contented (even a bit) and takdelah terasa sunyi sangat. hmm... sebab memang aku akan keep on calling her at least twice sepanjang aku ada kat lab. Kadang-kadang tu aku tanya soalan pelik... soalan yang memang dah sedia maklum... soalan luar alam... saja nak tanya!

Busy body betul kau ni... Eheh... suka hatilah mak aku!



Lastly, aku nak tanya,

bila kau tengok jasad yang pernah bawa kau ke sana ke mari selama 9 bulan, tersadai kat hospital atau terlantar kat rumah, dengan all those needles, tubes, wires and machines (kalau ada laa...), belum campur, kau kena basuh luka dan kau tak boleh tengok punctures, dengan cotton gauze berdarah. and macam-macam lagi kau kena urus dia macamana kau urus diri kau. atau dengan lebih tepat, macamana dia uruskan kau masa kecil dulu,

agak-agak kau boleh sorok tak rasa hati kau dari mak (dan abah) kau?



If you think you are "fragile" & "need to be handled with care"...
Please. Your mum (and dad) is waaayyyy MORE fragile than you. And they REALLY need to handle with EXTRA care.



uhuh. I should back to writing.

0325
02122015
Rumah

Monday, March 9, 2015

Pencarian Identiti Diri

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua.

hmm... nak tulis apa ye?

nak cerita bahawasanya yang aku ni dalam mood pencarian identiti diri. haaa... tak ke baku semacam ayat tu? sounds poyo pun ada. eheh... nak buat acane. it's me!

Minggu lepas, aku dikejutkan dengan announcement tak rasmi dari bonda yang meminta aku untuk mencari yang lain jika mahu berkawan juga dengan dia.

Aku : (dalam hati) Nak pilih ikan kat pasar pun belek kat lima belas minit. Lagikan anak orang.
          Takkan tengok kat tepi jalan dalam setengah jam, lepas tu terus sauk untuk seumur hidup??

okeh. sumpah kritikal beteiii budak ni punya monolog dalaman. ahaha


mohon bonda dan ayahanda terus approve tanpa banyak soal
kalau aku bawak dia yang ini datang ke rumah.
eheh.




-habis babak pertama-



Minggu lepas juga, bonda dan adik tengah meng"gertak" aku untuk lebih bersemangat untuk mem"perbaiki" hidup yang "agak" tidak terurus.

okeh. part ni kau kena ingat. bukan aku sememeh tak mandi seminggu macam kambing, tak sikat rambut, badan busuk gilos, bilik bersepah macam tongkang karam...

maksud tidak terurus adalah kau susah nak bergerak ke sana ke mari dan mengharapkan ayahanda sahaja, dan urusan kau tergendala hampir kesemuanya.

Selepas sesi gertak-menggertak, aku berasa hampir 100% "down" . Mujur ada ayahanda yang sangaaaaaaaaaaaaaaaaatttt bersabar atas fi'il kami yang bernama perempuan. Semangat aku yang sudah menjunam terjun bagaikan air terjun Niagara Falls tu telah berjaya diselamatkan oleh ayahanda.


kalau ikut wikipedia, katanya air yang jatuh dari atas tebing ke bawah adalah pada kadar
2400 meter kubik per meter.
macam tu kut kadar jatuh semangat aku kut.
"Sederas Niagara Falls"

eceh. ajet ajet macam tajuk novela lah? puii...






Sang Ayahanda memberi aku kata-kata bercas positif. Mohon terharu sekarang.

Don't worry about me.
I've moved on, dear.

Alhamdulillah. Doakan aku.



-habis babak kedua-




InshaaAllah. Untuk menjadi yang terbaik, mengambil masa yang lama. Hanya untuk mereka yang bersabar diuji, inshaaAllah, ada bahagian yang terbaik buat mereka.

Pesan #3:
kata cubemate aku,
(kat mesia, takde lagi version untuk maggi masala hokeyy)


"It takes 2 minutes to cook Maggi mee. Yet, it tooks hours to cook briyani. Good things really take time."

Ingat tu.


P/S: Tengah khusyuk menaip entri ni, ada satu SMS masuk.

Dari dia.

Katanya, "Good Night". Vielen Danke!

Monday, November 17, 2014

Konvokesyen Ke-9 UMP

Assalamualaikum...

keh3. pemalas betul nak hapdet. *sob sob* since everyone semua upload gambar konvo dorang (almaklumlaaa... sekarang kan musim konvokesyen), ai pun nak update jugak. hehe... tapi tak banyaklah aku nak letak gambar aku seratus dua ratus keping tu. jenuh aku nak upload, dan jenuh juga korang nak skrol ke bawah. ahahaha...

actually, nak cerita dari hari raptai konvo (10/10/2014) tapi macam takde apa sangat yang nak diceritakan, melainkan jumpa balik geng2 jenayah aku. keh3. Biotech classmates, roomates, senang cerita semualah yang sempat catch up. Yang mana aku tak sempat jumpa, ampun maaf. Ada rezeki, peluang, masa, inshaaAllah, kita akan jumpa lagi. *smile* Overall, ada tiga sidang / sesi konvo. Sabtu pagi (sesi satu), sabtu petang (sesi dua) dan ahad pagi (sesi tiga). Aku punya sesi dijadualkan sebelah pagi sabtu. Maka dapatlah aku tengok senior-senior master, PhD naik stage terima ijazah dorang. Alhamdulillah... buat pembakar semangat. (mana tahu, ada rezeki nak sambung lepas ni... inshaaAllah)

and here you go. 11/10/2014

Sekitar Hari Konvokesyen ke-9 Universiti Malaysia Pahang. *nanges terharu oh!*


disebabkan abang-abang photographer tu pesan awal-awal suruh datang awal untuk ambil gambar, maka kitorang pun sampai ke sana sekitar pukul 6.30 pagi. semangat berkobar beteiii nak ambil gambar. yo laaa karang nanti kalau ambil lepas konvo (around noon) memang muka dah macam tepung komak dah memasing. lepas tu dengan sesak gila nak beratur. tak apalah. kita gi awal ye?

bawah ni pulak, gambar before masuk hall. lepas sahkan kehadiran dalam library (oh ye, belakang tu adalah perpustakaan) baru boleh beratur untuk masuk hall. aih... kelatnya muka abah aku. (tapi aku tahu, di hari yang gilang gemilang ni dia senyum dalam hati) *smile*


meriahnya. background belakang tu. haha. 
inilah abah dan mama aku. :)
cinta hati selamanya dunia akhirat. InshaaAllah.
:
:
:

hmm... masa ni perarakan akademik masuk dalam hall. everyone semua pandang depan, aku je yang sneak peek pandang ke belakang. and tak perasan pulak, ada klasmet ambil gambar. paparazzi betul kau ye, yean chun! btw, thanks for this picture, bro! Congrats ya...

gambar bawah ni masa aku terima skrol dari canselor UMP, Tengku Mahkota Pahang. and yeah, just ignore the name on the screen. I'm not Aimi Sofiah. Kesilapan teknikal. it's ok. mama abah masih kenal yang mana satu anak dia. Alhamdulillah. :)


*terharu jap* setelah empat tahun menanti. tiba juga saat ni...
my second time having this moment. (first time masa kat maktab dulu...)


lepas tu, bila selesai majlis, aku pun carilah family aku. kat mana la dorang semua ni... ingatkan ada kat belakang dewan, rupanya dorang semua dah menapak gi parking kereta. uwaaaaaaaa... syukur abah tak parking kereta jauh-jauh. kalau tak, mau kena rendam dalam air suam kaki aku ni... (bahana high heels pastu jalan jauh kan...) haha... sampai kat tempat dorang lepak bawah pokok, dorang semua tengah bergelak, melepak sakan kat bawah pokok. aku pun terus macam.. (muncung mulut - bajet kau buat muka merajuk dakpes dakpes tu abah kau nak layan la?? hahaa... tak de maknanya) abah gelakkan aku sakan, ahaha, kena tinggal dalam hall. ok fine. fine. terus tak jadi merajuk.
*sebab abah tak layan aku merajuk*

and...

lepas rehat-rehat, aku gi hantar jubah. dan terus berangkat pulang ke KL.
(sampai lupa segala benda yang kena tuntut - dokumen penting plak tu!!)

yang itu, cerita kat entri lain pulak.
setakat ni, ini je dulu eh~
:)

Monday, January 13, 2014

Appa Oddiga? eh. Abah ler.

abah den suka sangat usik mengusik dengan anak-anak dia.
orang kata dia garang. itu mesti dorang tengok muka abah le tuuu...
eh...
muka je nampak garang but, trust me,
dalam hati abah penuh dengan bunga-bunga cinta.


kalau aku buat apa yang abah tak suka,
abah den suka tegur depan-depan je.

lepas tu, mesti aku sentap.
lepas tu, mesti aku nangis.
lepas tu, mesti abah tak jadi nak marah.
lepas tu, mesti abah kata "Don't cry."
lepas tu, mesti aku berhenti nangis.
lepas tu, aku reflect balik apa yang aku dah buat.

ahaks! that's the childish side of me.


peribadinya tegas, keras,
tapi dialah jugak orang yang aku cari untuk settlekan masalah.
tapi dialah jugak orang yang takkan pernah biarkan anak-anak dia hidup dalam susah.
tapi dialah jugak yang lembut hatinya. sayangnya tak ternampak. bukan macam mak. kasih sayang mak memang selalu nampak.
walau apa pun, jangan dilupakan abah engkorang dalam setiap titipan doa pada tuhan. kalau takde abah, ekau tak lahir kek dunio. ekau paham?
*tak lupa juga, doa untuk mama sekali.


Special entry for guys yang dah pegang gelaran:
abah, ayah, bapak, daddy, papa, APAK <--- room mate aku panggil APAK..  dan panggilan yang sewaktu dengannya.

Tuesday, December 17, 2013

Homesick #1

haaa.... baru ni nak hapdet belog yang dah bersawang. well... kau ingat kerja aku nak hapdet belog aje memanjang? ada je benda lain yang kena buat. kerja hakiki - menjadi pelajar. so, kena study laa kan. kerja time xde kerja - buat kerja selain kerja sekolah #eh  aku terasa macam nak balik rumahlah.

bila balik rumah, mesti channel drama Korea aje yang duk terpasang kat rumah... hahaha tapi ada je masa tertentu yang orang kat rumah tu boleh request untuk tukar channel lain. contohnya, nak tengok "Semanis Kurma", "Spongebob", "Halaqah", "Discovery Channel", "CSI", "National Geographic" termasuklah saluran berita yang entah betul ke idak. kalau betul, Alhamdulillah. kalau tak betul, jawan depan Tuhan kat sana nanti.

nampak macam... weh, skemanya family kau...

tak jugak. aku layan je kalau angah bukak "Keeping Up with The Kardashians"
hahaha

aku rasa "quality family time" yg memang berkualiti adalah ketika kami sekeluarga duduk di depan TV, tonton drama Korea sambil kunyah popcorn berjemaah (ok part popcorn tu hiperbola sangaaattt).

bila tiba iklan komersial, masing2 mencari biskut buat kunyah.

habis sejam drama Korea, masing2 memberi idea, berdebat, malah pertahankan pendapat macam suruh benang basah diri tegak hanya semata-mata tak puas hati kenapa perempuan tu dapat hak macam anak kandung tuan punya syarikat padahal ada seorang lagi perempuan yang memang anak kandung tu tapi tak boleh nak mengaku dekat public yang dia tu pewaris sebenar syarikat. *haaaa, hambekkk kau* ganas tak ganas family aku kalau tonton drama Korea.

masing-masing ada bakat menjadi pengarah dan penulis skrip mee segera. kekeke... untuk pengetahuan, abah aku pun sama berhantu drama Korea nih.

abah aku cute. mama juga. kbai.

tapi aku lagi rindu, akan kualiti masa yg dulu-dulu. waktu masing-masing belum belajar jauh-jauh. abah pun tak selalu outstation. home is a contented place for me. but now...  :(

aku sangat rindu akan waktu sama-sama ada peluang solat jemaah sekali. walau tak selalu, tapi bilamana ada masa, mesti akan buat. rindu!

aku sangat rindu akan waktu abah kata dia dah hafal Jumu'ah, lepas tu Sajadah pada aku. aku rasa, aku anak yang paling bahagia kat dunia ni.

aku sangat rindu akan waktu itu.

tapi apapun, kalau mama abah aku terlupa, it is a responsibility for the children to remind them. and it's me who have to remind them. as the eldest, aku juga kena ingatkan adik-adik aku untuk solat on time. engkau kalau drama Korea tak pernah miss satu episod, apa kes kau nak miss solat fardhu kan? haaaa... kan dah keluar aura kakak mithali. ecece...  hahahha betul apa?

kau boleh refer dalam surah at-Tahrim, ayat 6.

Allah berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan"

:) whatever it is. baik buruk family aku. baik buruk family kau. they are still F.A.M.I.L.Y. sayangi each of them. kalau baik, kita topupkan lagi lebihan kebaikan. kalau buruk, try la slow talk, doa and etc.

aku sayang family aku.
aku rindu dorang.
aku rindu rumah.
aku rindu bantal busuk aku.

ok bai. sebelum aku merapu panjang-panjang, baik blah dulu. :) Assalamualaikum.

Friday, June 28, 2013

Reception Ceremony (Nikah #3)

Sambung nikah part 2 haritu. Hmmmm... story hampir basi duk dalam tong draft. ehehe... Acik aku punya majlis resepsi (sebelah lelaki) di Pontian, Johor.

Aku nak cerita lelebih pun, tarak guna. Cuz I didn't attend the ceremony. Aku kat Kuantan on that day, teman orang sakit kat spital. Hmmmph... Yang sakit-sakit pun, sempat lagi duk nyakat (baca: sakat) aku. Tak kisah lah. Cousin aku yang sakit tu. Aku plak busy nak exam dengan kena hantar segala benda dalam minggu tu. So, memang wassalam le kalau aku nak ikut balik join dorang kan. Tatap je laa gambor2 yang dah ditangkap dengan photographer. Kan3? (sila menangis kuat2 dalam hati... hehe)

Warning: Gambar tak ikut kronologi peristiwa.




Hah. Semua nak masuk. Nasib baik tak runtuh pelamin tu. Hehehe.... Mak budak pun masuk! Ciskek betul. Nak masuk gaaaaaaaaaaaakkkkk!!!



Ehem! Inilah uncle saya (Qayyum) with his soulmate till Jannah, Adilla. ;)
We're waiting for a new cuzzie, aciks!! hehe


By the way, nak tengok dorang buat gwiyomi??
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

oh yeah. Gwiyomi Ayyum Dila style~ aku tahu ni sapa jadi kepala dia ni...
pengsan photographer melayan kerenah korang. Hahaha...


Bagi sesiapa yang terasa macam "oh awesomenya pelamin dia..."
meh cari kat Sri Pinang, Pontian, Johor. aku tak de FB orang or their page of Sri Pinang. Hence, it is your homework la ye. Cari sendiri. hehehe...


Ni gambar pelamin.



Ni gambar meja makan berdamai (eh ye ke nama dia camni?)




Pastu, the bride and groom gi ambil shoot kat luar.
Oh ye , korang nak tengok kuda senyum tak?? hehehe....
Iyeee, betul.
Kuda tu senyum kut.
Lets chekidaut.
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
(annoying kan suruh scroll panjang2 ke bawah kan? ada ke takde kudanya??)
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

nampak tu kuda yang senyum kat kamera? ;)
I'm wondering... kat manalaaa korang gi ambil shoot ni acik sayang...


dengan yang ini.


Comel gila aku tengok gambar ni. Thumbs up to the photographer and team.


Thanks to Naseribrahim Photography. Semua kredit pada dia. :) Thanks to Sri Pinang, Pontian. Lawa gila kut pelamin acik haritu... (ceh, aku ucap tima kaseh cam aku plak yang punya majlis. hehe On Behalf laaa...) sebab majlis sebelah family lelaki kan...


Ok. Dah. Itu aje. Kbai.

Monday, June 17, 2013

Eheh.. Topik itu?

Tetiba je kau nak hapdet pasal topik ni ye paghahh??
Sebelum ni, takdenya nak cakap diskus bagai pasal ni. Tetiba je ye?

eheh... bior ah. ku punya suka.

Once upon a time, there is a little girl....
*PAP*

Hoi, kut ye pun nak lempang lelaju, gtaw dulu. -.-"



camni la... ada seorang senior yang memang kamceng ngan gua (pergh... bajet gangsta plak minah ni) berpesan....


"Doa dulu ya.
Hati ini simpan niat untuk dia, benar hati ini simpan. Tapi, biarlah dia dalam jagaan Allah dahulu. Biarlah antara kami ada jaraknya, biarlah saat ini sahabat lain hampir ke baitul muslim. Andai kita serah semua pada Allah, lalu kita doa. Hati ini jadi lapang, kepada Allah lah sebaik-baik tempat untuk berserah."


Ko tengok tu paghahh... Itu laaa... Gua dah kata kau jangan nak bajet gangsta 24/7. Cabut lari bakal mak mentua, prospek jodoh yang berkeliaran di luar sana. heheh...

Actually, malas sebenarnya nak pikir benda2 camni. tapi bila dah mokcik CNN, ABC, KBS kat sini dah mula bukak mulut pasal anak si fulan dah pregnant, dah nikah, nak tunang, kad walimah dah sampai la hape la, tetiba ending story mokcik balik pada aku, "Kau bila lagi?" perghhh... I rate this question - "CepuGangsa" sebab mampu bagi aku nebes even for 5 seconds. Tahniah mokcik! hahaha... Okeh,  admitlah. Soalan tu bagi aku terfikir balik la. Still, ampun sikitlah sebab parents aku tak de nak push sangat pasal topik ni. Aku ngaji pun tak habes lagi mokcik oiiiii... Sleepless nights. Bermain dengan emosi setiap kali kena rewrite thesis. Drama queen punya perempuan. Bajet gangsta. sapa naaaaaakkk?? meh cakap. hahaha

Papehal. Aku nak tido. Kbai.



P/S: Vaccine Technology in progress. Digest it.

Sunday, June 16, 2013

Selamat Hari Bapak!!


Thanks.

Special thanks to a special guy , ever , in my life.

Abah.

Thanks for the entire wonderful years with you.

Friday, June 14, 2013

Love Letters from Allah #1

“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.” (Surah Ali Imran: 159)

Assalamualaikum and hi readers.

Tetiba nak share apa yang aku rasa sepanjang beberapa hari berkampung di bilik kawan. but wait, aku bukan nak komplen, atau meluahkan rasa tak puas hati kena kacau study ke amende ke... nope. Senang cerita, duduk di bilik kawan aku ni, ada rasa lapang dalam hati ni. Mungkin mencari angin baru kut. hehe...

Sepanjang aku duk berkampung kat sini, terasa serabut ketika menyiapkan assignments, tesis yang tak sudah2 (tesisnya satu, tapi harus dibetulkan banyak kali). Rasa marah, kecewa, serabut, semuanya ada. Yes, really sad, down when being in that situation. Tapi aku tahu, Allah s.w.t. itu tidak tidur, makanya aku boleh mengadu pada DIA 24/7. Aku pun tahu, di belakangku ada family terchentaaa yang selalu doakan kejayaan aku siang dan malam, whom always give motivation support to me. Especially mama aku laa..

Aku teringat pesan mama,


Mama sangat marah kalau anak-anak mama taknak belajar, sedangkan semua keperluan dan kehendak semuanya dah disediakan mama dan abah.

Oh sungguh sentap do..  kira dah habis lembut tu mama aku cakap. hehe... Sometimes, aku pun ada trait nakal-degil dalam DNA aku. Berbalik pada ayat dari Quran yang atas tu.. aku cuma nak relate-kan ayat tu dengan kehidupan as a student ni. Tak payah pergi jauh2. Tengok pada diri sendiri pun dah cukup. Serabut dengan kerja sendiri. Serabut lagi dengan keadaan sekeliling, (mungkin kita tak berapa nak berkenan dengan perangai atau fi'il kawan kita). Mesti rasa cam nak maaaraaaaaaaaaaaaaaahhh je kan?? Yep. I admit. Salah itu berpunca salah mereka. Apahal plak aku yang kena serabut nak fikir pasal dorang kan?? Okai. Memang salah itu salah kawan. Aku memang ada hak untuk marah. However, instead of maki and angry to them, apa kata cakap dengan berhemah. (Salah satu pesan mama pada aku, tegur secara berhemah even that mistake was caused by them.) Memang le susah nak menegur orang. Siapa suka kena tegur... Tapi bagi peringat lah kat dorang tu. Tegur elok2. Telinga tak panas. Hati pun tak sakit. Haa, sebelum nak tegur tu, tarik nafas dalam2. Fikir dulu amende yang nak di-highlight dalam teguran tu. Orang tua2 kata, tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Ampun la ye kalau salah peribahasa ni, my bad. hehe... maksudnya kat sini, selesaikan secara berhikmah. Tak faham lagi? Wujudkan "Win-Win" situation. Kau puas hati dapat tegur dia, dan dia pun dapat ubah kepada yang lebih baik secara aman dan dua-dua pihak tidak berasa kecik hati, sakit hati. Itulah dia. Dan aku pun dah follow according my mum's advice. Alhamdulillah. Keadaan menjadi lebih baik untuk aku dan kawan aku. Alhamdulillah.

P/S: Jika kehidupan kita banyak dipandu dengan bimbingan dari Allah s.w.t., hidup kita akan jadi lebih cantik, lebih indah. Hati pun senang. Alhamdulillah.



Tuesday, May 21, 2013

Syafakillah

Assalamualaikum. Hi readers.

Saja aku nak buang emo kat sini. I'm worried actually.
To be more specific, my dearest half-of-me... fell sick.

Semoga dia sabar.
Semoga dia tabah.
Sayang kamu.

Ya Allah. Forgive us for our sins...
Syafakillah.
Sakit yang diberi adalah kifarah dosa untuk diri.
Positive thinking k?

Aku sayang dia.




Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Mama!!


True. Just once in a year, we wish our mom "Happy Mothers Day" but do we really appreciate them throughout our lifetime?

 Quoted from Elizabeth Stone,

Making the decision to have a child - It's momentous. It is to decide forever to have your heart go walking around outside your body.

엄마,
Selamat Hari Mama. <--- Saja modify yang asal. 하하하

Sunday, March 31, 2013

Nikah #2

bila masa plak post pasal nikah #1 ni?

ada r.

FYP - Nikah - Renda tu haa... gabung sekali dalam 1 post. hehe

. . .

okeh nak citer kat sini, yang 23/3/2013 haritu aku nikah ehem... acik aku nikah. dapat orang dekat2 je. orang Batu Pahat. ;) tak payah nak bergaduh balik time raya nanti kan acik? hahaha
cantik orangnya tapi belum berkesempatan to have a small chat with the bride. the bride is acik Dila~ 
tema plak biru-peach-pink. eh ye ke? sebab aku and my family (rombongan lelaki) pakai tema peach. that's why laa I melaram pakai baju kurung moden warna peach. ewaahh~ kelass kau farah! hahaaha


layan je la gambar bawah ni. tak banyak pun. some pictures I kidnap dari kamera orang.
oh ye... forgive me sebab gambar main letak je. tak susun pun ikut turutan kronologi peristiwa. maafkan aku.


pelamin untuk majlis walimah sebelah perempuan. tema biru.

mas kahwin and Habib!!

perempuan itu. isteri orang. mama aku. mama orang. haipppp...

antara flower girls acik yang kiut miut.

the vogue grandmas

hadirin hadirat yang dimuliakan

hantaran dari pihak lelaki.

little cousins

my cousins. khusyuk betul main tab -.-

the groom. nampak cam coolio. dalam hati, nebes!! (few minutes before nikah) hahaha

before bertolak ke rumah pengantin perempuan...
close up sikit muka dia...

this is the true face of the groom. heehehe...


muka nampak a-tu. hahaha

tok kadi dah sampai!! muka seriyus oh~

. . .

Sebelah petangnya...

selepas didandan oleh mak andam, pengapit lelaki pun dah touch-up sikit muka. baru la nampak ceria, tak macam pagi tadi... gemuruh + pucat semacam. hahaha

tema untuk sanding sebelah petang: biru turqoise and pinky~

oh woh. ai sangat jeles.

selepas nikah sebelah pagi tu, aku ditanya soalan ala-ala cepucemas jugaklah.
(kebetulan lokasi aku duduk pun dekat dengan nenek, nenek sedara, makcik2 aku)

"Farah, acik kau dah selamat nikah. Kau bila lagi??"

I? senyum je. buat muka cool.

"Nextaim la nenek! hehehe"
*boleh tak jawab gini?*

Tuesday, March 19, 2013

Mama-Abah



mama, abah.

dua insan ini yang bawa kita ke dunia.

tolong hargai mereka.

tolong muliakan mereka.

tolong ringan-ringankan beban mereka.

mudah-mudahan Allah s.w.t. memberi hidayahNya pada mereka, anugerahkanlah kesihatan yang baik pada mereka, sentiasa mencukupkan (menyempurnakan) kehidupan mereka, mengasihi mereka, permudahkan urusan mereka dunia hingga akhirat, menjaga mereka, lindungi mereka dari segala bahaya, kejahatan jin, binatang dan kejahatan manusia.

kerisauan yang amat sangat.

mudah-mudahan segalanya dipermudahkan dan selamat. in shaa Allah.

mudah-mudahan sakit yg ditimpakan pada diri kita akan buat kita lagi lebih mengingati Allah. -think positive-

Doa untuk kesejahteraan ibu & bapa:

Rumi: Allahummaghfirli dzunuubii waliwaalidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii soghiiraa

Maksud: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku sejak kecil lagi.

Saturday, February 2, 2013

Mama #1

Assalamualaikum and hi readers. *bajet ada readers nak baca... hehe. kalau ada readers, Alhamdulillah.*

Kali ni nak cerita sikit pasal bonda terchentaaaa... Tak kisahlah korang panggil ibu ke, bonda ke, mama atau umi. Yang pasti, panggilan itu merujuk kepada seorang manusia, perempuan, yang telah mempunyai anak.

Kalau anak punya masalah, pada siapa dorang ni nak mengadu??

"Ibu."

OK. Baiklah. Kalau ibu punya masalah, pada siapa ibu nak mengadu??

A) Suami
B) Parents dia
C) Tuhan
D) Pada Si Kiah, jiran rumah sebelah
E) Pendam sorang diri

Mesti most of you akan jawab C. Sebabnya, mengadu masalah pada Tuhan adalah perkara yang bagus dilakukan daripada bercerita dengan jiran sebelah. Sekurang-kurangnya, mendekatkan lagi diri manusia dengan Tuhan. Betul tak??

Yep. Tepat sekali. Memang betul, ibu akan mengadu dengan Tuhan tentang kehidupan dia, kehidupan keluarga dia, meminta keberkatan untuk dirinya, suaminya yang dicintai dan anak-anaknya yang dikasihi.... 

Tetapi adakah korang sedar yang ibu jarang sekali bercerita tentang masalah yang dihadapi pada anak-anaknya??

Kerana ibu memahami, anak-anaknya sudah punya masalah mereka sendiri.

Kerana ibu mengerti, anak-anaknya tidak perlu dibebani dengan masalahnya.

Kerana ibu mengetahui, anak-anaknya tidak akan pernah faham dengan masalahnya sampailah tiba waktu, si anak itu sendiri berada di tempat ibu.

Makanya, sayangilah ibu korang. Allah s.w.t. dah campakkan perasaan kasih dan sayangNya sedikit ke dalam hati manusia bernama ibu (dan ayah). Sebab itulah insan yang bergelar ibu (dan ayah) mengasihi dan menyayangi anak-anaknya TANPA SYARAT. Walaupun anak-anak dah menconteng arang ke muka ibu (dan ayah), ibu (dan ayah) masih menerima anak-anak tersebut dengan hati yang terbuka.

TAPI ADAKAH ANAK PERNAH TERFIKIR???

Tanya pada diri sendiri. Mampukah kita, sebagai anak, mengasihi dan menyayangi ibu (dan ayah) kita TANPA SYARAT?

Tanyalah khabar ibu (dan ayah) masing-masing di rumah... Kalau ibu dah tanya "Bila kau nak balik, nak?" atau "Minggu depan kakak/abang/adik balik tak?" atau "Cuti umum balik tak nanti?", itu tandanya ibu dah rindu sangatlah tu dengan anak-anak dia. Baliklah rumah. Tengok keadaan ibu dan ayah kita. Kalau dah tak dapat sangat nak balik rumah, rajin-rajinkanlah diri untuk SELALU bertanyakan khabar dari telefon. Ibu (dan ayah), kalau dapat dengar suara anak-anak, MasyaAllah... gembira rasa hati mereka. Itupun salah satu cara nak gembirakan hati ibu (dan ayah) kita. :) Jaga hubungan kita dengan Allah s.w.t., jaga hubungan kita dengan manusia. Salah satu daripada manusia tersebut, adalah ibu kita. Jaga bahasa dan nada bila bercakap dengan ibu (dan ayah) kita. Apabila ibu (dan ayah) kita semakin tua, emosi mereka lebih cepat untuk berasa sensitif terhadap sesuatu perkara. Kadang-kadang kita tak bermaksud untuk marah mereka, tapi bila salah faham terjadi (maklumlah dah tua...) mereka akan cepat kecil hati dengan perlakuan atau percakapan kita. Dan semudah itu juga kita yang jadi anak ni boleh dapat title "ANAK DERHAKA". Na'udzubillahimin dzalik... Maka, jaga hubungan elok2, cantik2 dengan ibu (dan ayah). OK? :)

Aku banyak perhatikan, orang yang kurang menjaga hubungan dengan ibu sendiri, perjalanan hidupnya sangat susah. Rezeki sukar datang. Banyak rintangan dalam hidup. Tapi bila dibandingkan dengan manusia yang mempunyai hubungan yang sangat baik dengan ibu sendiri, Allah.... rezeki mencurah-curah datang. Urusannya dipermudahkan. Perjalanan hidupnya sangat mudah.

Mama pernah pesan pada diri ini: Antara salah satu balasan yang Allah s.w.t. dah tunjukkan atas dunia lagi adalah balasan anak derhaka.

MasyaAllah... Takutnya.

Kalau takut dengan balasan Allah, jaga hubungan dengan ibu ye! Sama juga seperti ayah kita. (Untuk ayah, next entry pula ye...heehe)
Ok. Till then. Take care.
Assalamualaikum.


nota tak berkaki: cara aku tulis entri kali ini macam aku plak yang dah jadi ibu. wow. *clap. clap.*