Saturday, August 9, 2014

Kita dan pendapat

Kalaupun tak mahu menggalakkan semangat untuk anak itu terus maju, lebih baik kau tak ambil kisah pasal dia daripada kau matikan semangat dia dari terus maju. Itu lebih kejam aku rasa.

Rasanya aku tak perlu nak sentap dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh manusia keliling aku. Cuma aku ambil iktibar dari apa yang berlaku. Kita hidup dengan adab. Hidup menyaksikan perbezaan pendapat antara kita sesama sendiri tapi tak perlu kita mencaci (atau mungkin, menyindir) mereka yang bukan sealiran dengan kita. Selagi kita berpijak atas tanah, menghirup oksigen untuk terus hidup, aku rasa, kau dengan aku sama saja. Cuma bezanya, pendapat kita aje yang lain. Makanya, raikanlah perbezaan pendapat itu dengan menghormati hujah yang dia ada. Kalaupun kau tak setuju atau kau tak boleh guna pendapat dia, diam. Kalau kau rasa ada beberapa perkara yang baik dari pendapat dia, ambil apa yang perlu, tinggalkan apa yang patut.

Hidup memaksa kita untuk menjadi manusia yang berbeza dari manusia yang lain. Supaya kita jadi unik dalam acuan kita sendiri. tak gitu? :)

bumi ni indah. tapi SyurgaNya lebih indah.

No comments:

Post a Comment

Leave your footprints here. Use good words.

Treat me as how you want me to treat you.

Arigato! :D