Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

Sunday, January 3, 2016

Happy New Year 2016!

Aku tak tahu mahu pergi arah mana...

Istikharah.

Ustaz ustazah kata, kalau urusan ke arah itu lagi senang, itu tandanya memang kau kena ikut yang itu.
Istikharah tak bemaksud all those signs kau kena cari dalam mimpi dan redah ikut je apa yg ada dalam mimpi. Memang ada yang diberi anugerah dari Allah sendiri yang tanda-tandanya diberi melalui mimpi. Atau tandanya tidak melalui mimpi tapi diberi tandanya dimudahkan atau disulitkan urusan tu... Atau, kau rasa sendiri tenang bila buat urusan tu. banyak petanda. hmmm....

It's okay. Habiskan tulis review paper ni. Siapkan cepat-cepat eksperimen. Tulis tesis cepat. Prepare for viva. Usaha sungguh-sungguh. Doa. Tawakkal.

Aku tahu benda ini bukannya mudah.
Tapi aku degil juga nak buat! haha...
Aku dah mulakan, so, kena habiskan.

03Jan2016
Rumah

-Selamat Tahun Baru 2016 & good luck ! 

Monday, March 9, 2015

Pencarian Identiti Diri

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua.

hmm... nak tulis apa ye?

nak cerita bahawasanya yang aku ni dalam mood pencarian identiti diri. haaa... tak ke baku semacam ayat tu? sounds poyo pun ada. eheh... nak buat acane. it's me!

Minggu lepas, aku dikejutkan dengan announcement tak rasmi dari bonda yang meminta aku untuk mencari yang lain jika mahu berkawan juga dengan dia.

Aku : (dalam hati) Nak pilih ikan kat pasar pun belek kat lima belas minit. Lagikan anak orang.
          Takkan tengok kat tepi jalan dalam setengah jam, lepas tu terus sauk untuk seumur hidup??

okeh. sumpah kritikal beteiii budak ni punya monolog dalaman. ahaha


mohon bonda dan ayahanda terus approve tanpa banyak soal
kalau aku bawak dia yang ini datang ke rumah.
eheh.




-habis babak pertama-



Minggu lepas juga, bonda dan adik tengah meng"gertak" aku untuk lebih bersemangat untuk mem"perbaiki" hidup yang "agak" tidak terurus.

okeh. part ni kau kena ingat. bukan aku sememeh tak mandi seminggu macam kambing, tak sikat rambut, badan busuk gilos, bilik bersepah macam tongkang karam...

maksud tidak terurus adalah kau susah nak bergerak ke sana ke mari dan mengharapkan ayahanda sahaja, dan urusan kau tergendala hampir kesemuanya.

Selepas sesi gertak-menggertak, aku berasa hampir 100% "down" . Mujur ada ayahanda yang sangaaaaaaaaaaaaaaaaatttt bersabar atas fi'il kami yang bernama perempuan. Semangat aku yang sudah menjunam terjun bagaikan air terjun Niagara Falls tu telah berjaya diselamatkan oleh ayahanda.


kalau ikut wikipedia, katanya air yang jatuh dari atas tebing ke bawah adalah pada kadar
2400 meter kubik per meter.
macam tu kut kadar jatuh semangat aku kut.
"Sederas Niagara Falls"

eceh. ajet ajet macam tajuk novela lah? puii...






Sang Ayahanda memberi aku kata-kata bercas positif. Mohon terharu sekarang.

Don't worry about me.
I've moved on, dear.

Alhamdulillah. Doakan aku.



-habis babak kedua-




InshaaAllah. Untuk menjadi yang terbaik, mengambil masa yang lama. Hanya untuk mereka yang bersabar diuji, inshaaAllah, ada bahagian yang terbaik buat mereka.

Pesan #3:
kata cubemate aku,
(kat mesia, takde lagi version untuk maggi masala hokeyy)


"It takes 2 minutes to cook Maggi mee. Yet, it tooks hours to cook briyani. Good things really take time."

Ingat tu.


P/S: Tengah khusyuk menaip entri ni, ada satu SMS masuk.

Dari dia.

Katanya, "Good Night". Vielen Danke!

Saturday, February 21, 2015

Past Moments 170214

17 February 2014

My first day lapor diri di tempat praktikal. Secara rasminya aku jadi intern pada tarikh ini.

hmm... bersemangat waja hati kental nak mula hari pertama internship. Sesampainya kat sana... ada seorang pegawai ni tanya kat aku, "Intern eh?" Aku pun jawab, "Aah." Aku tak tau pun dia tu pegawai. Lepas tu, dia minta aku tunggu kat bilik kaca sementara tunggu pukul 8 pagi. Oh ye lupa nak mention. Hari pertama aku lapor diri kat situ, aku datang pukul 6.30 pagi.



Enam setengah pagi hokeeeyyyyy.
Serius mengantuk gila. Zzzz

-____________-



Aku pun usunglah beg berat sebab diisi dengan laptop (part ni skema)... Plus, dengan fail yang ada dokumen berkoyan-koyan sebab nak bagi pada pegawai unit latihan. Masuk je pukul 7.30 pagi, h/p aku bertalu-talu masuk mesej. hmm... siapa lagi kalau bukan classmates. Lupa jalan nak gi tempat praktikal, sesat jalan semua bagai. Aku jadi duk sabarkan dorang ni. hehehe...

Pukul 8.

Lapor diri time! ahaha... takde benda sangat. A brief roll call. Kenal-kenal dengan budak praktikal dari universiti lain, pegawai and anggota kat Unit Latihan. Sumpah ramai gila yang praktikal kat situ. Aku ingat sorang dua je yang praktikal. Aku dapat tahu rupanya ada lebih kurang 25 orang masa tu yang praktikal (belum campur kitorang... huuhu). Then, briefing pasal tempat praktikal, isi segala borang berkaitan, serah segala dokumen universiti, peribadi and so on... lepas tu aku dengan classmates lagi tiga orang tu dibawa ke Unit Audio/Video. <--- tempat pertama kitorg praktikal untuk dua minggu pertama. oh ye orang yang tanya kat aku "Intern eh?" masa pepagi buta tu rupanya pegawai kat situ. Hokaayyyy I kenal dah. Siap boleh dia kata kat classmates aku, "Haaa... Dia dah kenal saya dah pagi tadi." ok fine.

Maka bermulalah rutin harian menjadi pelajar praktikal selama 6 bulan lamanya.
(aku punya kes istimewa sikit. aku praktikal 6 bulan 2 minggu. eheh. sayang sangat kut kat situ. hahaha) Walau apa pun, masa jadi intern kena banyak belajar. Even orang kata macam siput, ye la... benda baru kannn... mestilah agak slow pada mulanya tapi at least kau belajar jugak benda yang takkan kau study kat uni. Betul tak? Sekarang ni takdenya benda-benda macam tu unless kau redah je.

Untuk junior-juniorku, adik-adik biotech, meh sini kakak nak ucapkan...
"Selamat ber-latihan industri. Selamat menjalan praktikal."


Adios momentos. (sambil kunyah gula-gula Mentos)


Pesan #2: Tak perlu fikir apa orang lain kata. Bila kau susah, tiada siapa yang akan tolong kau, melainkan pertolongan dari Allah s.w.t. jua yang mampu tenangkan hati kau...
P/s: Moga dia aman dalam jagaanNya.



Till then. Assalamualaikum.
1628
Rumah, Malaysia.

Monday, February 16, 2015

Luahan di Malam Hari

Assalamualaikum. Salam sejahtera untuk semua.

Saja aku nak menconteng. Dah lama tak menconteng, buang emosi kat sini. hahah poyo je kau.
Right now masih lagi tercari-cari arah tuju dalam hidup. (Hmmm... ayat budak ni kalau tak poyo, memang tak sah!) Eh kira betullah tu. Nak kata amende lagi?


Jejak langkah yang lepas usah dikenang lagi. Yang penting, menapak ke depan. Usah mundur!




Kawan-kawan yang mana dah selamat melangkah menjadi suami isteri tu, aku dok heran sangatlah. At least, apa-apa jadi kat dorang pun dorang ada back-up. Betul tak? Kata dorang...

"Cepatlah... Join the club right now!"

Memang betul-betul ambil "Frozen" theme nih.






Kawan-kawan yang duk menyambung belajor lagi aku tengok dorang dah macam putus fius berasap-asap nak tulis proposal. Itu belum lagi proposal defense. Kata golongan ini...

"Jomlah sambung... kata haritu nak sambung. Ni aku dah sambung, kau tak daftar lagi. Apa cer doh?"

(forgive the statement. aku tinggal kat KL memang selalu guna slanga macamtu)

Dah rasa zaman bergelar jadi student dulu. Meja study dah jadi katil nombor satu.
Katil? Katil jadi tempat tidur untuk buku-buku tebal, fail, kertas & etc.






Kawan-kawan yang dah bahagia duk pegang duit sendiri (bekerja), ke hulu ke hilir hujung minggu duk tengok muka dorang saja kat FB / insta dengan caption yang sangat diva statement-nya. Kata mereka...

"Hi. Harini kita nak release tension. Jumpa Yuna kat Encorp Strand. oh ya kita pakai shawl dari XX and baju dari YY. #ootd #qotd #releasetension #yuna #encorpstrand #damansara #entahpahapelagihastagmengarutkauletakpanjangberjela "

Quote of the day yang langsung tak menepati gambar. Hashtag je lebih biasanya.
ok. mungkin korang akan kata... "ah kau jealous le tewww"
hahaha banyak benda lagi yang aku nak jealous dari hashtag kau.



dan...





Kawan-kawan yang masih single-mingle, ke hulu ke hilir masih dengan resume di tangan. Pabila pergi ke career fair selalu terjumpa muka yang sama memburu kerja. Luah mereka...

"Baru tiga minggu lepas aku nampak kau kat career fair ABC, hari ni terjumpa kau lagi kat sini? Ohyemgeee... memang kita ni muka cari kije la. (dan disambut dengan hilai gelak tawa yang entah siapa tahu rasa dalam hati memasing bila pulang dari career fair nanti.) "

pehhhh.... cekiwa betei kau. takpe.
"Usaha Tangga Kejayaan"

Whoever you are... Don't be so shy. Don't be pessimist. Everyone have their own uniqueness and so are you! Try to look around, and get to know people. Build new relationship. (tapi janganlah pulak kau tibai je say "Hi" pada orang sekeliling..ikut situasi la.) Oh ye. Get prepared, be smart. Aku hanya berpesan benda yang sama pada diri sendiri.

Rasanya nak letak pesanan kat setiap hujung entri la gini... Sekurang-kurangnya, aku tahu apa yang aku pesan untuk diri sendiri bila aku baca balik entri akan datang. (and mohon jangan hubby-to-be aku jumpa link nih.. hahahahha)


Pesan #1: Hormati diri sendiri dulu, dan orang lain akan hormat kita.
P/s: I miss him.


Till then. Assalamualaikum. Good night everyone.
11.04 pm.
Malaysia.

Saturday, August 23, 2014

Lagu & Cinta

Sedang aku berjalan-jalan dalam ruang maya, aku klik pada satu pautan lagu.
Merdu suaranya.
Elok gayanya. Tidak kaku.
Baik jalan ceritanya.

Namun, ada satu perkara yang buat aku terfikir.
Kenapa sang pria kelihatan lemah, termenung acapkali teringatkan si dia?
Bukankah cinta itu patutnya buat seseorang itu teguh, matang, dan luas pemikirannya? Cinta itu fitrah. Tidak kiralah cinta dengan Allah, cinta sesama manusia, cinta pada hewan. Pelbagai jenis cinta. Semua orang merasainya saat pertama kali bertentang mata dengan bonda apabila menjengah dunia. Itu pun cinta.

Jatuh cinta tidaklah sesukar mana. Perkara alami (natural) dan spontan ianya berlaku. Tidak sadar tikanya kita merasakan jatuh cinta.

Tidak perlu jadi manusia lemah pabila cinta menyapa diri.
Cinta itu patutnya membuatkan kita lebih mengingati yang Maha Pencipta, Pemilik cinta.

Wednesday, August 13, 2014

Kejutan untuk seorang aku

#playing Astrid - Terpukau

Heeeee~~
Dapat kejutan untuk hari ini. Terima kasih! Tidaklah kejutan sebesar bumi, or got prank like wakenabeb... Biasa je tapi oklah untuk aku yang biasa2 aje. heheh... I'm appreciate it. eheh, petang tadi otw nak ke lobi depan, cik wan nampak. hee~ Agaknya cik wan nak panggil saya, tapi terkejut bila tengok orang sebelah. hehe... kita senyum aje. :P 
_______________________________________________________________________________

Aku dah janji, aku nak pilih untuk gembira. :) dan aku harap cerita ini jangan terhenti di sini.
Terima kasih future senior.

P/s: Jumaat hari last intern... sedih plak rasa. tapi cuak lagi nak tunggu Isnin ni.

Saturday, August 9, 2014

Kita dan pendapat

Kalaupun tak mahu menggalakkan semangat untuk anak itu terus maju, lebih baik kau tak ambil kisah pasal dia daripada kau matikan semangat dia dari terus maju. Itu lebih kejam aku rasa.

Rasanya aku tak perlu nak sentap dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh manusia keliling aku. Cuma aku ambil iktibar dari apa yang berlaku. Kita hidup dengan adab. Hidup menyaksikan perbezaan pendapat antara kita sesama sendiri tapi tak perlu kita mencaci (atau mungkin, menyindir) mereka yang bukan sealiran dengan kita. Selagi kita berpijak atas tanah, menghirup oksigen untuk terus hidup, aku rasa, kau dengan aku sama saja. Cuma bezanya, pendapat kita aje yang lain. Makanya, raikanlah perbezaan pendapat itu dengan menghormati hujah yang dia ada. Kalaupun kau tak setuju atau kau tak boleh guna pendapat dia, diam. Kalau kau rasa ada beberapa perkara yang baik dari pendapat dia, ambil apa yang perlu, tinggalkan apa yang patut.

Hidup memaksa kita untuk menjadi manusia yang berbeza dari manusia yang lain. Supaya kita jadi unik dalam acuan kita sendiri. tak gitu? :)

bumi ni indah. tapi SyurgaNya lebih indah.

Tuesday, August 5, 2014

rasa

jika kau senang dan selesa bila bersama si dia

sekarang belajar untuk setia

biar kau tahu erti setia semasaknya

agar kau tahu menghargai dia

dan dia akan hargai kau selayaknya

Monday, January 13, 2014

Appa Oddiga? eh. Abah ler.

abah den suka sangat usik mengusik dengan anak-anak dia.
orang kata dia garang. itu mesti dorang tengok muka abah le tuuu...
eh...
muka je nampak garang but, trust me,
dalam hati abah penuh dengan bunga-bunga cinta.


kalau aku buat apa yang abah tak suka,
abah den suka tegur depan-depan je.

lepas tu, mesti aku sentap.
lepas tu, mesti aku nangis.
lepas tu, mesti abah tak jadi nak marah.
lepas tu, mesti abah kata "Don't cry."
lepas tu, mesti aku berhenti nangis.
lepas tu, aku reflect balik apa yang aku dah buat.

ahaks! that's the childish side of me.


peribadinya tegas, keras,
tapi dialah jugak orang yang aku cari untuk settlekan masalah.
tapi dialah jugak orang yang takkan pernah biarkan anak-anak dia hidup dalam susah.
tapi dialah jugak yang lembut hatinya. sayangnya tak ternampak. bukan macam mak. kasih sayang mak memang selalu nampak.
walau apa pun, jangan dilupakan abah engkorang dalam setiap titipan doa pada tuhan. kalau takde abah, ekau tak lahir kek dunio. ekau paham?
*tak lupa juga, doa untuk mama sekali.


Special entry for guys yang dah pegang gelaran:
abah, ayah, bapak, daddy, papa, APAK <--- room mate aku panggil APAK..  dan panggilan yang sewaktu dengannya.

Monday, December 9, 2013

Finals

makin nak habis semester terakhir ni...
makin aku mula menyayangi classmates aku. tapi ada juga yang cari pasal dengan aku.
makin aku sibuk. dengan test, kuiz, assignment dan nak ulangkaji untuk final exam.

tiba-tiba, satu suara sumbang menyela dulu,
"eleh. kata sibuk bagai. tapi sempat je kau update blog?"

aku tulis bila aku terasa nak tulis. yang kau sibukkan aku dah kenapa? kekeke -________________-

tengoklah acane nak cerita ke idak. cerita basi. peram bagi jadi pekasam #eh. aku saja je tulis pendek2 cenggini, saja nak bagi orang tahu, blog ni masih bertuan. ampun laaahh. menggedik dengan statement ni.

Tuesday, October 22, 2013

Hola!



Annyeong haseyo Leeteuk oppa.
Hola everyone~
Lamanya aku tak hapdet.
malas mungkin.
sibuk pun ye.

tak pe. yang penting, aku up-date apa yang patut aku kena up-date.
kalau aku lupa, tolong ingatkan aku.
ok?

P/S: nampak dekat. mudah nak gapai. tapi rupanya, jalan nak ke situ, jauh, susah, kena istiqamah. nak atau tak. sanggup dengan tak. Istikharah.

Monday, September 30, 2013

Monday, July 1, 2013

Untitled #1

aduh. sakitnya hati dia.
bila sudah terbit perasaan itu, kau buat dia begini.
mungkin kau tidak tahu, dia sedar akan perasaan itu... yang lahir dari hati dia.

bukan dibuat-buat.
sungguh.

tapi. kenapa kau buat dia begini?
kata begitu dan begini. bagai sudah pasti hidup berdua sampai akhirnya?
apakah kau pasti kalian berakhir dengan... kau nikah dia. dia nikah kau?
apakah kau begitu pasti kalian takkan berpaling antara satu sama lain?

kau belum tahu lagi apakah pengakhirannya.
jadi.
mengapa semudah itu kau lafazkan ayat itu?

jangan dibiasakan.
bimbang yang halal nanti cemburu dek kerna perangai anak-anakmu.

oh ye. dia sudah pun tahu sisi mu bagaimana.
kini, dia sudah berkeputusan.

goodness. what a world! hoping the best. haha...


P/S: aku bukan pengarang puisi indah. aku hanya tahu throw and spill je.

P/S/S: adaptasi dari ceritera kawan-kawan, filem, pemerhatian dan ayat sastera yang tak berapa nak jadi.

Monday, June 17, 2013

Eheh.. Topik itu?

Tetiba je kau nak hapdet pasal topik ni ye paghahh??
Sebelum ni, takdenya nak cakap diskus bagai pasal ni. Tetiba je ye?

eheh... bior ah. ku punya suka.

Once upon a time, there is a little girl....
*PAP*

Hoi, kut ye pun nak lempang lelaju, gtaw dulu. -.-"



camni la... ada seorang senior yang memang kamceng ngan gua (pergh... bajet gangsta plak minah ni) berpesan....


"Doa dulu ya.
Hati ini simpan niat untuk dia, benar hati ini simpan. Tapi, biarlah dia dalam jagaan Allah dahulu. Biarlah antara kami ada jaraknya, biarlah saat ini sahabat lain hampir ke baitul muslim. Andai kita serah semua pada Allah, lalu kita doa. Hati ini jadi lapang, kepada Allah lah sebaik-baik tempat untuk berserah."


Ko tengok tu paghahh... Itu laaa... Gua dah kata kau jangan nak bajet gangsta 24/7. Cabut lari bakal mak mentua, prospek jodoh yang berkeliaran di luar sana. heheh...

Actually, malas sebenarnya nak pikir benda2 camni. tapi bila dah mokcik CNN, ABC, KBS kat sini dah mula bukak mulut pasal anak si fulan dah pregnant, dah nikah, nak tunang, kad walimah dah sampai la hape la, tetiba ending story mokcik balik pada aku, "Kau bila lagi?" perghhh... I rate this question - "CepuGangsa" sebab mampu bagi aku nebes even for 5 seconds. Tahniah mokcik! hahaha... Okeh,  admitlah. Soalan tu bagi aku terfikir balik la. Still, ampun sikitlah sebab parents aku tak de nak push sangat pasal topik ni. Aku ngaji pun tak habes lagi mokcik oiiiii... Sleepless nights. Bermain dengan emosi setiap kali kena rewrite thesis. Drama queen punya perempuan. Bajet gangsta. sapa naaaaaakkk?? meh cakap. hahaha

Papehal. Aku nak tido. Kbai.



P/S: Vaccine Technology in progress. Digest it.

Friday, June 14, 2013

Love Letters from Allah #1

“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.” (Surah Ali Imran: 159)

Assalamualaikum and hi readers.

Tetiba nak share apa yang aku rasa sepanjang beberapa hari berkampung di bilik kawan. but wait, aku bukan nak komplen, atau meluahkan rasa tak puas hati kena kacau study ke amende ke... nope. Senang cerita, duduk di bilik kawan aku ni, ada rasa lapang dalam hati ni. Mungkin mencari angin baru kut. hehe...

Sepanjang aku duk berkampung kat sini, terasa serabut ketika menyiapkan assignments, tesis yang tak sudah2 (tesisnya satu, tapi harus dibetulkan banyak kali). Rasa marah, kecewa, serabut, semuanya ada. Yes, really sad, down when being in that situation. Tapi aku tahu, Allah s.w.t. itu tidak tidur, makanya aku boleh mengadu pada DIA 24/7. Aku pun tahu, di belakangku ada family terchentaaa yang selalu doakan kejayaan aku siang dan malam, whom always give motivation support to me. Especially mama aku laa..

Aku teringat pesan mama,


Mama sangat marah kalau anak-anak mama taknak belajar, sedangkan semua keperluan dan kehendak semuanya dah disediakan mama dan abah.

Oh sungguh sentap do..  kira dah habis lembut tu mama aku cakap. hehe... Sometimes, aku pun ada trait nakal-degil dalam DNA aku. Berbalik pada ayat dari Quran yang atas tu.. aku cuma nak relate-kan ayat tu dengan kehidupan as a student ni. Tak payah pergi jauh2. Tengok pada diri sendiri pun dah cukup. Serabut dengan kerja sendiri. Serabut lagi dengan keadaan sekeliling, (mungkin kita tak berapa nak berkenan dengan perangai atau fi'il kawan kita). Mesti rasa cam nak maaaraaaaaaaaaaaaaaahhh je kan?? Yep. I admit. Salah itu berpunca salah mereka. Apahal plak aku yang kena serabut nak fikir pasal dorang kan?? Okai. Memang salah itu salah kawan. Aku memang ada hak untuk marah. However, instead of maki and angry to them, apa kata cakap dengan berhemah. (Salah satu pesan mama pada aku, tegur secara berhemah even that mistake was caused by them.) Memang le susah nak menegur orang. Siapa suka kena tegur... Tapi bagi peringat lah kat dorang tu. Tegur elok2. Telinga tak panas. Hati pun tak sakit. Haa, sebelum nak tegur tu, tarik nafas dalam2. Fikir dulu amende yang nak di-highlight dalam teguran tu. Orang tua2 kata, tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Ampun la ye kalau salah peribahasa ni, my bad. hehe... maksudnya kat sini, selesaikan secara berhikmah. Tak faham lagi? Wujudkan "Win-Win" situation. Kau puas hati dapat tegur dia, dan dia pun dapat ubah kepada yang lebih baik secara aman dan dua-dua pihak tidak berasa kecik hati, sakit hati. Itulah dia. Dan aku pun dah follow according my mum's advice. Alhamdulillah. Keadaan menjadi lebih baik untuk aku dan kawan aku. Alhamdulillah.

P/S: Jika kehidupan kita banyak dipandu dengan bimbingan dari Allah s.w.t., hidup kita akan jadi lebih cantik, lebih indah. Hati pun senang. Alhamdulillah.



Sunday, May 19, 2013

Buang

Nerdy with nerdy, menjadi ke?

Gosh...

Physics with biology, err... boleh in ke?

=.=

Propose theory with propose microbe, ada persamaan ke?

o.O

I don't think we have any similarities.

So, conclusion... we're like a perpendicular line.

Saturday, May 18, 2013

free time~


"The hardest job in the world is the best job in the world."

"Love Love Love You"

#HappyMothersDay #HappyTeachersDay

Sunday, March 10, 2013

FYP - Nikah - Renda



banyak benda berlaku... antaranya

- tukar tajuk projek tahun akhir.

- acik aku nak nikah.

- adik aku dapat renda dari kakak kawan (?) dia.

- adik bongsu hidup aman tiada homework.

- makcik aku duk pujuk aku suruh balik masa acik aku nikah nanti.

- re-do exp. again.


Tetiba rasa jealous plak adik aku dapat renda dari kawan (?) dia. Ahaha... Kau diam sekarang. Kau diam. *tetiba suruh diam dari blog sendiri* #watdaaa ??

Oh ye. Cuti hari tu, aku duk usha dapur mama. Sekali dengan usha barang dapur dia sekali. Saje je nak kenal barang dapur tu cemana, nak masak cemana, nak didih ke, nak potong halus2 ke, nak cincang lumat ke, atau nak campak je dalam periuk terus ke... CAMPAK?

Acik aku (referring to my uncle. Aku panggil dia "acik".) nak nikah. Maybe, cuti skolah bulan 3 ni. Masalahnya, tarikh walimah dia (majlis sebelah perempuan) terlalu hampir dengan tarikh expo yg aku join. Mama aku pun dah bgtau siap2 kat makcik2 aku yg aku maybe tak dapat join walimah nanti tapi yang lagi best, majlis bulan 6 sebelah acik nanti pun, most probably aku tak boleh pergi. SEBAB? Aku tak tahu bila tarikh oral presentation PSM2. Semester ni katanya, final exam on June. So, memang besar kemungkinan viva pun bulan 6. Fikir punya fikir, baik aku pergi majlis yg bulan 3 ni. Kan kan kan??
*Acik aku pernah kata, "acik kahwin kalau farah kahwin." meaning, dia nak buat satu majlis sekali (pak sedara and anak sedara in one walimah)... nampaknya, jodoh acik aku tu datang dulu dari aku. so, I need to wait until the right one come. hehehe*

Weirdo la adik bongsu aku... Hidup aman damai je takde homework. tu yang remote control tv asyik kat tangan dia. DisneyXD la pe lagi... tapi takpe... Agak2 dia boring tengok Disney dia tu sorang kat depan, dia cari gak Runningman. Aku pun apa lagi... Masa ni la guna kuasa veto. Hahaha

Papehal, yang paling penting baca jurnal. kau tu dah tukar tajuk projek. sedar-sedar la awak oii...

P/S: Alarmed! Weird feelings detected! Selalu ingatkan diri ini supaya berhati-hati dengan hati. Semoga Allah s.w.t. sentiasa menjaga diri ini. In sha Allah.

Monday, February 25, 2013

Monolog #1

Lewat petang itu.

sepi

seorang

khali

...

Aku bertanyakan pada diri

Pada usia sekarang ini, apa yang sudah aku lakukan untuk agamaku, bangsaku, negaraku?

Atau setidak-tidaknya kepada keluargaku sendiri?

Aku tersedar

Terlalu banyak masa yang ku siakan begitu saja

Lantas terdetik hati menyelak halaman dalam kitab sejarah

Sesampainya aku di halaman itu, aku menangis

Rupanya, aku membaca kisah seorang pahlawan agung, Sultan Muhammad al-Fateh.

Kau tahu siapa dia?

Dialah sebaik-baik raja, yang mengetuai sebaik-baik tentera dan sebaik-baik manusia yang ada pada masa itu.

dan ku teruskan bacaan, halaman demi halaman

...

Anak muda sekarang sungguh beza sikapnya

Asal ada masalah, mulalah buat fi'il ragam tersendiri

Aku juga tidak terkecuali. Lebih kurang sahaja seperti yang ada

Tapi aku ingin berubah. Menjadi yang lebih baik.

Aku ambil ibrah apa yang dibaca

Salah satunya, ibrah dari kisah al-Fateh

Betapa kuatnya semangat, teguhnya iman mereka ini.

Walau diuji, bukan sedikit, malah bukan calang-calang orang yang boleh tahan dan terima ujian sebegitu, tapi mereka tetap teguh mempertahankan iman dan akidah mereka.

Mereka menangis kala beribadah pada Allah yang Maha Esa.

Bukan macam anak muda yang hari ini menangis sebab ditinggalkan boyfie, girlfie, atau gagal dalam pelajaran, ataupun tak tahan sakitnya ujian itu.

Yang baru diuji sedikit, tapi merengeknya lama. Alangkah rapuhnya semangatmu wahai anak muda hari ini.

Lantas ku ambil ibrah. Kisah itu tersemat dalam hati.

Bangunlah! Ku seru diriku dan anak muda yang lebih kurang sebaya denganku untuk bangun dari lena.

Bangkit. Berusaha untuk mencapai impian kita.

Mudah-mudahan akan lahir lagi generasi yang kental azamnya, teguh imannya, istiqamah ibadahnya seperti yang tercatat dalam sejarah Sultan Muhammad al-Fateh.

In shaa Allah.

P/S: mudah-mudahan urusan esok hari dan seterusnya dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Aamiin...

P/SS: antara video YouTube yang aku tonton. Check it out~