tak tahu entah berapa kali aku ulang tajuk yang sama. mungkin aku dah habis idea.
mungkin.
ceritanya... mama dimasukkan ke wad. asalnya hanya untuk buat MRI. tidaklah aku sangka sampai melarat-larat macam ni sekali.
mama mengadu sesak nafas, penat pada pagi Rabu 15/06/16. dan itulah kali terakhir aku tahu mama dalam keadaan sedar sebelum segala tiub, mesin, wayar take over diri dia.
Rabu 15/06/16, 2 petang.
aku bergilir dengan abah menjaga mama di wad 6. disebabkan takde buat apa-apa... mama pun belum sedar lagi, aku baca je la article yang aku print out. around 4.30 pm, mama sedar. tangannya meraba ke hidung, ke mulut perlahan-lahan. tahu agaknya hidung dan mulut disumbat dengan segala tiub. pukul 5 petang, mama sedar lagi sekali dan cuba nak cabut tiub-tiub tu.
mama di"pengsan"kan sekali lagi.
pukul 6.45 petang, waktu macamni orang semua pulun nak balik rumah, berbuka puasa dengan family. aku? menghadap mama dibalik tirai hijau. entah apa yang mama rasa disebalik tirai tu. segala doktor entah dari department mana, kerumun katil mama. hampir waktu berbuka, orang lain sibuk dengan final touch-up masakan masing-masing, atau sibuk berdoa di meja makan. aku dipanggil doktor pakar yang merawat mama, katanya call abah aku, dan waris terdekat. Juga ajarkan syahadah di telinga mama. sumpah. aku rasa lembik sangat-sangat. sebab aku tak pernah terfikir, mahupun menyangka yang aku - orang yang dipilih Tuhan pada masa itu - untuk bertemu dengan mama dalam keadaan kritikal macam tu. sebelum ini, adik aku dah pernah menjaga mama masa aku study jauh dulu.
orang pertama yang aku call, Abah. Kedua, meknon Fareha. Tenggelam timbul suara bagitahu sorang-sorang. Dah tak fikir perut lapar nak buka puasa ke... minum air pun boleh lupa. Sekadar coklat & burger (dah doktor suruh cari makanan yang paling berat, itu je lah yang ada...). Tak sangka pulak jiran aku (dulu jiran, sekarang dah pindah), boleh call aku time buka puasa. Dia expect mama masuk hospital tu nak operate. Tak sangka pulak bila dia call, suara aku tengah menangis yang dia dengar. Saudara mara jauh dekat, semuanya dah diberitahu dalam Whatsapp group keluarga. Mengejut jugaklah dapat tahu perkhabaran macam ni. Masing-masing dah ready nak naik ke KL esoknya... Mama? Menunggu ICU team bagi greenlight. Katil penuh masa tu...
11.50 malam. Received greenlight from ICU.
1 pagi Khamis 16/06/16
balik ke rumah.
3.30 pagi
doktor call abah. bagi tahu paru-paru dan buah pinggang mama dah teruk... tawakkal tu ala'Allah...
Waktu melawat tengahari tu... semua duk nangis lawat mama. kerja-kerja aku memang dah tak bersentuh lepas tu... adik ponteng sekolah. fathin ponteng kuliah. aku ponteng lab. abah aku tak tahulah dia apply cuti ER ke x. masing-masing tenggelam dalam emosi. diam.
dan mama ditidurkan lagi dengan segala jenis ubat...
Tidurlah ma.
Tidurlah buat seketika.
selama ni mama dah devote all your life menjaga kami.
sekarang ni, buat masa ni, doktor dan nurse yang jaga mama.
later, mama dah stabil sikit, kami jaga mama pulak.
inshaaAllah.
moga Allah mudahkan urusan kami.
pada sesiapa yang membaca entri ini... kalau rajin, cuba cari terjemahan doa surah Yaasin.
bila sampai pada "Yaa mufarriju farrij. Farrij a'nna humuumanaa... (sampai habis doa)" aku rasa sebak sangat bila perhatikan maksudnya.
tadabbur isi doa. bertepatan apa yang berlaku saat ini.
mama. akak tak boleh tidur dari tadi. sebab akak tahu waktu begini mama akan bangun dan akak pun akan terbangun sama biasanya.
rindu.
No comments:
Post a Comment
Leave your footprints here. Use good words.
Treat me as how you want me to treat you.
Arigato! :D