keh3. pemalas betul nak hapdet. *sob sob* since everyone semua upload gambar konvo dorang (almaklumlaaa... sekarang kan musim konvokesyen), ai pun nak update jugak. hehe... tapi tak banyaklah aku nak letak gambar aku seratus dua ratus keping tu. jenuh aku nak upload, dan jenuh juga korang nak skrol ke bawah. ahahaha...
actually, nak cerita dari hari raptai konvo (10/10/2014) tapi macam takde apa sangat yang nak diceritakan, melainkan jumpa balik geng2 jenayah aku. keh3. Biotech classmates, roomates, senang cerita semualah yang sempat catch up. Yang mana aku tak sempat jumpa, ampun maaf. Ada rezeki, peluang, masa, inshaaAllah, kita akan jumpa lagi. *smile* Overall, ada tiga sidang / sesi konvo. Sabtu pagi (sesi satu), sabtu petang (sesi dua) dan ahad pagi (sesi tiga). Aku punya sesi dijadualkan sebelah pagi sabtu. Maka dapatlah aku tengok senior-senior master, PhD naik stage terima ijazah dorang. Alhamdulillah... buat pembakar semangat. (mana tahu, ada rezeki nak sambung lepas ni... inshaaAllah)
and here you go. 11/10/2014
Sekitar Hari Konvokesyen ke-9 Universiti Malaysia Pahang. *nanges terharu oh!*
disebabkan abang-abang photographer tu pesan awal-awal suruh datang awal untuk ambil gambar, maka kitorang pun sampai ke sana sekitar pukul 6.30 pagi. semangat berkobar beteiii nak ambil gambar. yo laaa karang nanti kalau ambil lepas konvo (around noon) memang muka dah macam tepung komak dah memasing. lepas tu dengan sesak gila nak beratur. tak apalah. kita gi awal ye?
bawah ni pulak, gambar before masuk hall. lepas sahkan kehadiran dalam library (oh ye, belakang tu adalah perpustakaan) baru boleh beratur untuk masuk hall. aih... kelatnya muka abah aku. (tapi aku tahu, di hari yang gilang gemilang ni dia senyum dalam hati) *smile*
meriahnya. background belakang tu. haha.
inilah abah dan mama aku. :)
cinta hati selamanya dunia akhirat. InshaaAllah.
:
:
:
hmm... masa ni perarakan akademik masuk dalam hall. everyone semua pandang depan, aku je yang sneak peek pandang ke belakang. and tak perasan pulak, ada klasmet ambil gambar. paparazzi betul kau ye, yean chun! btw, thanks for this picture, bro! Congrats ya...
gambar bawah ni masa aku terima skrol dari canselor UMP, Tengku Mahkota Pahang. and yeah, just ignore the name on the screen. I'm not Aimi Sofiah. Kesilapan teknikal. it's ok. mama abah masih kenal yang mana satu anak dia. Alhamdulillah. :)
*terharu jap* setelah empat tahun menanti. tiba juga saat ni...
my second time having this moment. (first time masa kat maktab dulu...)
lepas tu, bila selesai majlis, aku pun carilah family aku. kat mana la dorang semua ni... ingatkan ada kat belakang dewan, rupanya dorang semua dah menapak gi parking kereta. uwaaaaaaaa... syukur abah tak parking kereta jauh-jauh. kalau tak, mau kena rendam dalam air suam kaki aku ni... (bahana high heels pastu jalan jauh kan...) haha... sampai kat tempat dorang lepak bawah pokok, dorang semua tengah bergelak, melepak sakan kat bawah pokok. aku pun terus macam.. (muncung mulut - bajet kau buat muka merajuk dakpes dakpes tu abah kau nak layan la?? hahaa... tak de maknanya) abah gelakkan aku sakan, ahaha, kena tinggal dalam hall. ok fine. fine. terus tak jadi merajuk.
*sebab abah tak layan aku merajuk*
and...
lepas rehat-rehat, aku gi hantar jubah. dan terus berangkat pulang ke KL.
(sampai lupa segala benda yang kena tuntut - dokumen penting plak tu!!)
yang itu, cerita kat entri lain pulak.
setakat ni, ini je dulu eh~
:)

No comments:
Post a Comment
Leave your footprints here. Use good words.
Treat me as how you want me to treat you.
Arigato! :D