Showing posts with label Undergrad. Show all posts
Showing posts with label Undergrad. Show all posts

Monday, November 17, 2014

Konvokesyen Ke-9 UMP

Assalamualaikum...

keh3. pemalas betul nak hapdet. *sob sob* since everyone semua upload gambar konvo dorang (almaklumlaaa... sekarang kan musim konvokesyen), ai pun nak update jugak. hehe... tapi tak banyaklah aku nak letak gambar aku seratus dua ratus keping tu. jenuh aku nak upload, dan jenuh juga korang nak skrol ke bawah. ahahaha...

actually, nak cerita dari hari raptai konvo (10/10/2014) tapi macam takde apa sangat yang nak diceritakan, melainkan jumpa balik geng2 jenayah aku. keh3. Biotech classmates, roomates, senang cerita semualah yang sempat catch up. Yang mana aku tak sempat jumpa, ampun maaf. Ada rezeki, peluang, masa, inshaaAllah, kita akan jumpa lagi. *smile* Overall, ada tiga sidang / sesi konvo. Sabtu pagi (sesi satu), sabtu petang (sesi dua) dan ahad pagi (sesi tiga). Aku punya sesi dijadualkan sebelah pagi sabtu. Maka dapatlah aku tengok senior-senior master, PhD naik stage terima ijazah dorang. Alhamdulillah... buat pembakar semangat. (mana tahu, ada rezeki nak sambung lepas ni... inshaaAllah)

and here you go. 11/10/2014

Sekitar Hari Konvokesyen ke-9 Universiti Malaysia Pahang. *nanges terharu oh!*


disebabkan abang-abang photographer tu pesan awal-awal suruh datang awal untuk ambil gambar, maka kitorang pun sampai ke sana sekitar pukul 6.30 pagi. semangat berkobar beteiii nak ambil gambar. yo laaa karang nanti kalau ambil lepas konvo (around noon) memang muka dah macam tepung komak dah memasing. lepas tu dengan sesak gila nak beratur. tak apalah. kita gi awal ye?

bawah ni pulak, gambar before masuk hall. lepas sahkan kehadiran dalam library (oh ye, belakang tu adalah perpustakaan) baru boleh beratur untuk masuk hall. aih... kelatnya muka abah aku. (tapi aku tahu, di hari yang gilang gemilang ni dia senyum dalam hati) *smile*


meriahnya. background belakang tu. haha. 
inilah abah dan mama aku. :)
cinta hati selamanya dunia akhirat. InshaaAllah.
:
:
:

hmm... masa ni perarakan akademik masuk dalam hall. everyone semua pandang depan, aku je yang sneak peek pandang ke belakang. and tak perasan pulak, ada klasmet ambil gambar. paparazzi betul kau ye, yean chun! btw, thanks for this picture, bro! Congrats ya...

gambar bawah ni masa aku terima skrol dari canselor UMP, Tengku Mahkota Pahang. and yeah, just ignore the name on the screen. I'm not Aimi Sofiah. Kesilapan teknikal. it's ok. mama abah masih kenal yang mana satu anak dia. Alhamdulillah. :)


*terharu jap* setelah empat tahun menanti. tiba juga saat ni...
my second time having this moment. (first time masa kat maktab dulu...)


lepas tu, bila selesai majlis, aku pun carilah family aku. kat mana la dorang semua ni... ingatkan ada kat belakang dewan, rupanya dorang semua dah menapak gi parking kereta. uwaaaaaaaa... syukur abah tak parking kereta jauh-jauh. kalau tak, mau kena rendam dalam air suam kaki aku ni... (bahana high heels pastu jalan jauh kan...) haha... sampai kat tempat dorang lepak bawah pokok, dorang semua tengah bergelak, melepak sakan kat bawah pokok. aku pun terus macam.. (muncung mulut - bajet kau buat muka merajuk dakpes dakpes tu abah kau nak layan la?? hahaa... tak de maknanya) abah gelakkan aku sakan, ahaha, kena tinggal dalam hall. ok fine. fine. terus tak jadi merajuk.
*sebab abah tak layan aku merajuk*

and...

lepas rehat-rehat, aku gi hantar jubah. dan terus berangkat pulang ke KL.
(sampai lupa segala benda yang kena tuntut - dokumen penting plak tu!!)

yang itu, cerita kat entri lain pulak.
setakat ni, ini je dulu eh~
:)

Friday, November 7, 2014

Pre-Convo (baru nak update hehe)

Assalamualaikum.
ok. ini adalah cerita yg dah lama peram (adalah nak dekat sebulan) dalam draf.
basically cerita pre-convo aku. hehe... baru kau nak hapdet ye? lambat beteiii...
it will be a long entry for this. haha


(8/10/2014)
three days more!

songket. pink. black shoes. turquoise robe. how I look like on that day eh? hehe

yesterday, hang out with una and fikri. stranded for hours in kuantan parade. -_- kata nak sangat pergi main bowling (una yang beriye-iye nak main bowling) pastu tak pergi. Shopping, dinner (fikri ajak), pastu sambung shopping lagi. haha... lepas rindu kat bebudak ni ha...


bersama anak-anak eh. ehehe kawan praktikal. keh3. muka orang lapor tunggu makanan.


esoknya (hari ini la tu...) berjalan lagi! berjalan amendenya. pergi uni ambil jubah, uruskan apa yang patut (sibuk memikir apa lagi yang tak settle, sampai terlupa nak pergi fakulti -_-" ) adeh. si una plak sampai terlupa nak snap pic masa fitting jubah. (makanya, aku ambil gambar fitting jubah dengan kawan2 uni je. takde pun dengan una :(  so sad,)


ok. perempuan ni bukan aku. jubah ni pun bukan jubah uni aku.
gambar hiasan aje.


then, pergi cari jalan untuk ke homestay. nanti ada masa, aku upload peta jalan ke homestay (aku lukis peta oh~) terus shoot ke kuantan sebab nak cari proper shoes. gila kau. takkan nak pakai Crocs atas stage to receive degree scroll? naye kang kena kejor dengan omak den. hmm... pergi kedai A, jumpa kasut RM80. macam nak. tapi cari yang berkenan dulu. una ajak masuk kedai B. jumpa kasut RM100 and luckily, for second shoes I just need to pay extra RM9. tak puas hati lagi, masuk kedai C plak. ada Hawkeye shoes for RM70 (memang serius aku naaaaaaaaaakkk sangat kasut tuuuuuuu sebab lawaaaaaaaa) tapi tak beli pun, sebab heels dia tajam sangat. cerewet la kau. eh, kalau kaki aku sakit, ada kau nak tolong urut kaki? hareemmmm tak de. hahaha so, last sekali aku pilih kedai B. :) Una sampai sakit pinggang temankan aku shopping. sorry una. I owe you one big time. hehe

habis cerita pasal kasut, aku pulak kena melayan una cari foundation dia. nak cari brand lain, brand Body Shop plak yang dia beli. sungguh tak faham kehendak perempuan kalau keluar shopping, kan? hahaha una cerita sungguh-sungguh yang dia nak cari foundation. ok una ok. sakit bahu oh temankan dia ni. una pun kata kat aku... "hah. aku balas dendam balik." cis. yelah. dah dia temankan aku cari kasut sampai sakit pinggang kaki dia semua... -..-" lepas tu, gi makan. on the way nak ke parking, mama plak call kat tab una. (aku pun macam "eh acane mama ada no. tab una?") una dah buat muka pelik. takde benda yang pelik. maybe aku ter-simpan no. tab dia kat hp mama kut. hehe...

lepas balik dari shopping spree, it's time to sleep! eh tak. tak. kitorg rehat2 dulu kat bilik una. sampai2 je dah ada roomates una yg balik awal. almaklumlah esoknya tu dorang dah mula study balik. sumpah memang havoc gila budak2 ni. aku terasa macam dah lama kenal dorang even baru je kenal. they are friendly. :) dorang pun tengok la jubah konvo aku semua... hahaha macam2 dorang duk tanya kat aku. tak menang tangan nak layan soalan (ok perasan aku retis hahaha)

malam tu una hantarkan aku kat terminal. sedih ok. sedih. tapi nak buat macamana, dah aku janji dengan kawan lagi sorang nak tumpang bilik dia sementara tunggu hari konvo. wuwuww... aku berterimakasih sangat2 kat una and her roomates for accomodation for 2 days. :) thanks.


P/s: nantilah aku hapdet cerita konvo. sangat pemalas nak hapdet. heheh...

Saturday, October 4, 2014

Countdown to Convocation~

Salam a'layk

Since today is Saturday, takde kerja apa sangat pun. Kiranya macam hari bermalas-malasan sedunia. hahaha... Eh no. Ada je menimbun kerja kalau nak dibuat, tapi aku nafikan buat sementara waktu.
:-P

I have been gone for quite so long. Can't help it since I busy with kind-of-work. Aherher. Sebenarnya aku tak sabar nak gi jumpa orang di Kuantan, siapa lagi kalau bukan cik Una dan incik Fikri but am not sure whether they can make it or not. Almaklumlah... student kalau balik cuti beraya, macam tak ingat nak balik hostel semula. (I knew that feeling cuz been there for four years as a student.) Tak apalah. Balik rumah, tengok wajah orang yg tersayang. Ye tak?

Actually, I'm planning to meet Una and Fikri at terminal. (Fikri ni kalau jadi sebab takut budak ni tak balik malaysia awal). Next, going here and there (unplan, yet) and the next day, I need to collect my robe in UMP. hmm... early planning je. No one knows if I need to change a bit of this plan, but Allah is there, knowing the best for me and for everyone. :)


I love it! Waiting for another seven days.


Be patient. Patient in patience.
Like what Allah s.w.t. has said in Quran. (2:216)

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.

Enjoy!

p/s: need to buy a pair of proper shoes. takkanlah nak pakai Crocs?

Friday, September 5, 2014

Kapal Kawan

Untuk kesekian kalinya aku menconteng blog ni...

Aku nak utuskan rasa rindu pada dia.
Aku nak sampaikan rasa sayang pada dia.
Aku nak beri rasa cinta pada dia.

err... siapa dia tu?

Insan bergelar K.A.W.A.N.

Jujur aku katakan, yang namanya kawan tu takkan pernah pisah dari hidup aku melainkan dengan izin dari Allah s.w.t., bila sampai masanya nanti, akan terpisah jua ikatan sahabat ni. Walauapapun, aku ingin menjadi salah seorang sahabat yang baik. Antaranya, mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya.

Aku bukanlah yang terbaik.
tapi aku ingin menjadi yang terbaik untuk kamu.


*untuk ika, ayin, fareha, norul, diana, amirarina, dbadebab. dan untuk kawan baru (yg tak berapa nak baru, una, fikri, jeff, amira, zila, hajar, huda, arina, nor, anjulia, dan smua yg terasa dekat di hati)*

p/s: Una, thanks melayan kerenah aku satu harini... moga Allah s.w.t. balas segala kebaikan kau. terima kasih temankan aku kat situ selama beberapa minggu. hehe... :)

Saturday, August 16, 2014

Last day of internship

Okeh.
Officially, done my industrial training. :) Am leaving them for good. hehe...
For Una, I won't be there for two weeks. Use your time wisely. ahaks!
For Fikri (a.k.a fikara chan. duh...), aku tak puas hati sebab tak dapat buli kau lagi! hahahaha

By the way, thanks future (maybe...) senior for the moments. Ngeh3. Aku selalu kut buat bising, malas gila nak buat kije... Sorry. Mintak ampun smua salah silap aku, mintak halal ilmu, makan minum, hartabenda hatta dakwat pen (kut pernah terguna kat meja korang), mintak dihalalkan semua ya. :( siapa kata last day intern tu seronok? memanglah seronok, happy, sebab dah habis intern tapi sebab ukhwah tu dah kuat en... (ye keee hahaha) so, it's difficult to break the bond (acece...)



It's hard to say goodbye, cuz I already left my heart in ...



Hmm... kata kena interview. Nak tunggu isnin macam jadi macam tak jadi je. Dukturnya macam ada macam tak ada je. Aku pun macam berbelah bagi macam pergi macam tak pergi je. Cemana ni...

Makanya, ikut gerak hati yang telah Allah s.w.t tetapkan untuk aku. Akan aku tuju pada situ.
InshaaAllah.
Moga Allah s.w.t. permudahkan urusan aku.

Tuesday, August 12, 2014

happy gumbiraaa

hari ini, penuh dengan rasa.
semua duk tanya dah kenapa kau kena extend internship and so on...
agaknya duk canang dalam wasep wasap bagai lettew.
penat aku nak jawab sorang2.
aku ganti 2 minggu cuti haritu sebab aku gi wakil U la untuk MASUM...

ok. aku dah jawab.

sekarang, kau nak apa? gembira, sedih, bengang, semua ada... tapi aku pilih untuk jadi diri aku sendiri.

gembira menjadi diri sendiri
gembira nampak ami (in pink gteww...)
gembira hari ini pakai baju kurung pink
gembira dapat jumpa budak2 praktikal lagi
gembira masih boleh menggila huu haa dengan jeff, fikri, amira and etc.
gembira dapat join sekaki majlis hari raya tuuu

dan...
gembira sebab Allah s.w.t masih beri peluang pada aku lagi untuk bertaubat

cukup dengan itu. maka aku pilih untuk gembira.

Monday, February 24, 2014

Cerita Semester 8


bukan aku yang jadi tikus makmal tu...

tapi nak cerita kat sini, yang aku dah jadi seorang ...

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:




yaaa.... I'm an intern. Seorang pelatih / pelajar praktikal di salah sebuah organisasi kerajaan dalam Malaysia. :)

Alhamdulillah. dapat juga tempat untuk praktikal.

masuk kerja pukul 8 pagi dan sekarang tak tidur lagi. oh yeah. sekarang 12:36 pagi (waktu Malaysia). dahlah. setakat ini dulu. Ada masa dan juga izin dari-Nya, sambung cerita lagi. hehe... :) Good night! Semoga tidur dan jaga kita dalam iman.


p/s: alhamdulillah. result exam haritu, baik-baik aja!

Saturday, January 11, 2014

Final Exam - LI

oh yeah.
3 papers settled already. 2 more to go!
tapi hari ni memang aku tak study apa pun. sakit kepala sebab terlebih tidur + makan megi (huh?)

kombinasi terbaik.

jangan buat macam tu lain kali ye. jaga kesihatan. nanti dikata tak pandai jaga diri. ok. I'm taking care of myself. pueh hati? hehe...

ok. pasal LI plak, Alhamdulillah. hampir settle. moga mudahlah urusan bulan 2 ni. dah decide pun nak gi yang mana satu... pagi 8 januari tu, tak sangka plak dapat panggilan dari Agensi Nuklear Malaysia. nasib baiklah aku dah bangun tidur, sebab dapat panggilan pukul 8 pagi! ahaha... kalau dah musim2 exam, tambah plak takde exam pagi, memang tidur balik ah jawabnya budak2 ni... haha suara control macho habis jawab call tu. nak bagi efek segar ceria pepagi buta. nak dijadikan cerita, Dr. A (bagi huruf depan aje la ye..) tanya dah dapat tempat LI belum? kalau belum, boleh LI bawah seliaan dia... pastu, dia nak tahu keputusan aku. ON. THE. SPOT. hmm... I'm puzzled. yelah pepagi pukul 8, kepala otak pun masih kat katil lagi. tetiba dah kena buat keputusan. then, aku mintak 24 jam untuk buat decision. oklah. dia pun kata, nanti awak bagitahu your decision esok pagi.

punyalah beria aku call rumah. tanya mama abah, apa pendapat dorang, semua2lah aku tanya. plus, aku tanya sorang senior aku ni since dia pernah buat LI kat sana. seharian aku consider benda ni. yelah. benda nak LI 6 bulan kut. bukannya takat 3 bulan. setengah tahun duk kat situ. ekau paham?

pagi 9 januari. tepat 8 pagi. aku pun call Dr. A... so, apa cer beb?

aku tolak. *dengan cara yang elok ye...

mesti kau fikir aku ni bodoh sebab gi tolak offer dari nuklear kan?
sebelum kau kata aku itu aku ini... let me tell you, I've considered this matter seriously.

salah satunya, aku takkan sia-siakan usaha aku selama ini. aku dah dapat kat tempat yang memang aku nak. takkanlah semudah itu aku isi rejection letter dan hantar pada dorang? :)
syukur. Alhamdulillah. dapat juga aku ke situ.

haaaa... LI dah nak hampir settle. apa lagi yang tak settle2 ni?
bila tengok balik benda yang kena settle before balik rumah... mak aihh... banyaknya!

1) kemas baju, packing barang (dah tentu.. sebab tak LI kat uni)
2) final exam lagi 2 subjek
3) rejection letter, emel berkaitan, borang2 berkaitan
4) SLI <--- paling penting
5) sijil MGRC ada pada aku. budak2 ni cepat2lah tuntut dari aku...
6) sijil program cantik tertarik. nampaknya memang kena serah kat staf KK nih...
7) nana chan punya duit buku LI
8) buku puan Amira Shazwani... eden tak pulang lagi.
9) pulangkan cinta hati. E46 kat pusat sukan.

and the list continues...

hmm... nak sambung ke tidak ye belajar nih? sudah ada rasa cemburu dengan kawan-kawan yang dah grad tahun lepas (sebab degree dorang 3 tahun) dan sambung master sekarang ni... apa pun. doakan yang terbaik untuk diri ini. pilihan Allah s.w.t. itu yang terbaik. redha mak abah tu lagi penting. sebabnya, takkanlah aku nak gi sambung study dengan hati mama abah berbelah bagi? betul tak? redha Allah pada aku, bergantung pada redhanya mama abah pada aku.

"When it comes to make a decision, always ask Allah s.w.t. as He knows best for you."

Monday, December 23, 2013

Down Memory Lane~ #1

hello. update lagiiii... eheh. mencuri masa sekejap.

currently, aku sedang menunggu hari peperiksaan terakhir sebagai siswi program ijazah sarjana muda tahun akhir, semester terakhir. pada bulan-bulan yang lepas, aku tak sempat nak tulis apa yg aku nak tulis. so, benda yg best untuk dikenang sebagai budak degree pergi macam tu je... MACAM TU JEK?? eh tak la... ada je kenangan tu dalam bentuk gambar. aku je yang malas nak upload dan post. sebabnyaaa... kan aku dah kata sebelum ni, kerja aku bukannya update blog je semata...  kalau ada masa, ada mood, ada idea, aku bebellah panjang-panjang dalam ni. heh.. bajet macam ada orang nak baca royanan kau je. hahaha

sepanjang empat tahun belajar cari ilmu, cari kawan, cari guru kat bumi Allah kat sini... banyak perkara aku belajar. :) kawan-kawan yang berjasa membawa aku ke alam nyata, tatkala aku terasa biol bila otak dah tepu sangat... hahaha cik puan roommates tahun 1 - 4, petanque teammates, biotech classmates, Ze Meknons and budak-budak aras, jiran pintu bilik sebelah, pintu bilik depan, selang 3 pintu kanan. HOKEH! dah dah... mengarut plak kau ye.

.
.
.

gambar ni masa aku duk ikut the seniors pergi panjat bukit... err... bukit-apa-entah-namanya.
yang kat belakang tu, abaikan. dah terlepet lepas tu. hahaha

masa tu, aku budak tahun 1. senior-senior yang pergi semua tu, budak tahun 3. hmm.. rindu plak kat dorang nih. oh yep. orang yang ambil gmbar ni kalau tak silap si Mad Jed. thanks bro!

.
.
.

tahun 2. this is my first time organize benda ni... Industrial visit ke MGRCB. uiii mak. takut.
berdebar-debar. happy. teruja. semua ada... emm... masa ni, kalau tak silaplah kan, jatuh pada hari yang sama dengan birthday aku tapi aku dah xde mood nak celeb time tu jugak. haha... tired maybe?

saat proposal ditolak berkali-kali oleh pihak fakulti itu yang buat aku macam malaslaaaaaaaaaaa nak buat dah program macam ni. tapi aku bersyukur sangat klasmet aku yang memang sporting and coolio gila. bagi aku sesabar tahap maksima. (macamana tu ye sabar tahap maksima? tak dapat digambarkan... hehe) and yeah, program tu berjalan se-smooth yang mungkin.

.
.
.

tahun 3.
aku tak ingat full name of this program tapi yang pasti regarding kefasihan berbahasa Mandarin dalam kalangan penuntut IPT seluruh Malaysia.
kalau tak silap aku, masa ni aku diserap dalam unit sambutan & protokol.

masa tu dah mula PSM pun... tahun 3 kan... masa tahun 3 jugaklah banyak ups and downs aku. okbai. takmo citer.

.
.
.

tahun 4. final year already... masa ni uni buat "rumah terbuka" sempena sambutan hari raya peringkat universiti. haruslah kena pergi dengan members yang memang sama-sama tahun akhir.  heh.
aku sorang je budak biotech. lain tu, budak kimia.


haaaa... inilah program yang terakhir aku join... "Biotechnology Talk" with the juniors (3rd year students)
sebagai assignment kami. dalam program ni, pengarah program yang sempoi habisan. haha... incik Abdel.
aku dah gelabah gila sebab plan semua lari habis, dia boleh watlek watpis je. ok lah tu. at least, kurang sikit gelisah gelabah aku nih. kalau dua-dua gelabah squared, haha bungkus jgak program tu. saja je letak gambar lepas habis program. so, tengoklah muka memasing. blur ayam. haha


thanks to lecturers, classmates, teammates, roommates, and fellow friends yang kenal aku selama 4 tahun ni (except meknons yang memang dah kenal dari dulu lagi). sabar je layan kerenah aku. sabar je jawab soalan-soalan yang mencabar minda #eh mencabar sabar #iyesangat .

terima kasih atas bantuan kalian. guidance dari kalian. terima kasih. :)

doakan aku ye?

Monday, December 9, 2013

Finals

makin nak habis semester terakhir ni...
makin aku mula menyayangi classmates aku. tapi ada juga yang cari pasal dengan aku.
makin aku sibuk. dengan test, kuiz, assignment dan nak ulangkaji untuk final exam.

tiba-tiba, satu suara sumbang menyela dulu,
"eleh. kata sibuk bagai. tapi sempat je kau update blog?"

aku tulis bila aku terasa nak tulis. yang kau sibukkan aku dah kenapa? kekeke -________________-

tengoklah acane nak cerita ke idak. cerita basi. peram bagi jadi pekasam #eh. aku saja je tulis pendek2 cenggini, saja nak bagi orang tahu, blog ni masih bertuan. ampun laaahh. menggedik dengan statement ni.

Friday, June 7, 2013

Mini Project + Study Week + PSM 2

Assalamualaikum. Hi readers.

Hmmm... dah mula bersawang plak blog. Fuuhh fuuuhhh... Gi main jauh2 sana sawang oi... Hahaha nak cerita satu2, takut tak larat nak taip panjang2 and maybe ada gak yg malas nk baca. Compile je la jadi satu entri semua sekali. ;)

Hectic nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa semester ni!!! Tapi takpe aku enjoy study. Takde masalah. Hehe. Nak cerita pasal Mini Project Biomanufacturing Competition 23/5/2013 haritu. Memorable moment with them. ;D

Kawan dari tahun satu sampailah sekarang. Tidaklah aku kenal betul2 semua ni... tapi aku enjoy la study dengan budak2 ni. Adatlah kalau ada tercalar ego, terguris hati, terkeluar carutan semua tu... Biasalah. Tekanan. hahaha... Haippp... tak baik carut. Tetttttttttt...

Kenangan semester 2 tahun 3 - Biomanufacturing punya subjek.
Miss Nurul 'Azyyati Sabri : Thanks for teaching us with love. Thanks for bring out the talents inside us. ;) Ada jugak yang ada talent jadi pelakon, promot barang, R&D manager dan macam2 lagilah (semasa presentation dan dalam promo video). Bawah ni, hanyalah sebahagian dari 2nd batch of Industrial Biotech. Ramai lagi sebenarnya member2 cuma dorang tak daftar subjek Biomanufacturing untuk semester ni (some of us have taken this subject earlier...)

Biomanufacturing Sem6 2013. 2nd batch Ind. Biotech.

*oh yep. gambar di"kidnap" dari efbi miss Azie. hehe... miss, credits for you eh!!



ni baru sikit. ada banyak lagi yang sudah, menunggu untuk dibasuh.
(mama, tlong rasa tharu jap tgk anak mama basuh byk ni ahahahaha)

Lepas habis Mini Project Biomanufacturing... siapkan eksperimen PSM 2, nak kena tulis report sket. tulis tesis (report yang paling best dari awal sampai akhir... o.O) then, buat lab cleaning. siap kena buli dengan lab assisstant!! waaaaaaaaaaa... FINE. Whatever it is... Alhamdulillah... 30/5/2013 tamat secara rasminya eksperimen PSM 2 (my 3rd phase - experimental part). Bila tengok lab assisstant signed my "pink" form, maknanya dah selamat pulangkan SEMUA sekali barang2 yang dipakai. Ehehe... Geram2 kena buli pun, lepas ni dah tak de dah nak jumpa korang lagi masuk lab siang malam daaaaa... hahaha. Semester depan pun masuk untuk satu subjek lab je. :)

Bila dah habis eksperimen PSM 2, dah buat lab cleaning, that means I don't have to go to the lab any more. Sounds good, but I'll miss them...

anak-anak saya~

anak-anak saya juga... tapi letak yang contaminate punya la. nak letak yang betul2 tu, secret recipe... eheh


anak-anak mentee PSM Miss Lee C.M. :) pening kepala our supervisor dengan kerenah kitorang.
especially, aku la. ehehe... ampun!



eheh. terinterframe dalam gmbar ni. I'll miss them a lot! Nor Amira M.Aris, Marlessa Suzain, Lian AiAi, Chua Leong Huat, Hazwani Husin tudung pink dan budak ppuan pakai tudung ungu.


Surely, I'll miss myself in finishing my labwork. :)

termasuklah rindu untuk berebut guna autoclave, micropipettes dan sewaktu dengannya, kena marah dengan lab assisstant sebab extend guna lab lebih pukul 6, bertapa sampai tengahmalam teman labmates ambil result,  serius tahap tak ingat dunia bila orang lain dah habis exp. kita x habis lagi... haha

<3 Lots of memories back then. Good luck for final exam (right now, it's our study week~!) Next week, final exam (my first subject - 10/6). Good luck for our PSM 2 viva. Soon. 4/7/2013. Doakan saya. Doakan kami.

Monday, May 27, 2013

Tingtongting~ Test 2

Non-Mammalian enzymes:

- Trypzean (Sigma) : recombinant, maize-derived trypsin
- TrypLE (Invitrogen) : recombinant microbial
- Accutase and Accumax (Innovative Cell Technologies)

Criteria for Subculture Cells in Monolayer

- Density of culture
- Exhaustion of medium
- Time since last subculture
- Requirements for other procedures
    - cells should not be subculture while still within the LAG phase.
    - between the middle of log phase and the time before entering the plateau phase.

Replacement of Medium

- A drop in pH
- [Cell] : Cultures at a high [cell] exhaust the medium faster than those at lower [ ]
- Cell type
- Morphological deterioration