Sunday, November 1, 2015

Sapu Sawang

Kali terakhir aku publish di blog ini adalah pada 09 March 2015.
Eheh. Nampak sangat pemalas nak kemas kini.

So? What's up?



Recently, aku baru saja daftar untuk sambung belajar lagi.
Sarjana.
Bulan sembilan yang lepas.

Skema? ahaha. Mohon jangan kata aku skema sebab tak ada mana-mana peraturan atau rules & regulations yang boleh dipakai untuk sambung study pun. Asal kau ada tempat nak belajar, project proposal, geran, penyelia dan juga ongkos untuk bayar yuran, then, you're ready for postgrad study.

Jumaat yang lepas, aku ada berjumpa dengan penyelia untuk kesekian kalinya. Mungkin kali ini terlalu tertekan dengan pelbagai hal yang berlaku dalam satu hari, membuatkan aku ter-emo di hadapan si penyelia.

Maafkan saya, Dr. - kataku.

Tak apa. Saya tak akan bertanya dan tak akan ambil tahu kenapa kamu begini hari ini. - jawab si penyelia.

Alhamdulillah. Mendengar balasan dari penyelia, buat aku lega. Sebab apa? Sebab dia memahami yang aku tak nak bercerita mengenai penyebab aku ter-emo. Cuma mendapatlah bebelan dari penyelia berkenaan review paper yang masih ditulis, tentang basic procedures of microbiology untuk dibawa rujuk kepada Dr. lagi seorang. Jadi, aku perlu cepat-cepat tulis untuk siapkan review paper untuk disemak penyelia dan perlu ulangkaji procedures untuk microbiology test + si anak tikus. Kena kuat semangat ni. Lebihkan supplemen vitamin dan tabah hati.

Oh ya. Doakan juga ya untuk mamaku. Kasihan dia. Belum pernah disimen seumur hidupnya, tapi hari ini kena bersimen atas arahan doktor - untuk kebaikan mama jugak. Dia sahaja perempuan yang lahirkan aku. Maka, kenalah jaga. "Handle with care" gtewww... Mak kesayangan weh... Tak ada duanya. Itu aje lah seorang mak. Dunia dan Akhirat.

InshaaAllah. Till then.
01112015-0516

No comments:

Post a Comment

Leave your footprints here. Use good words.

Treat me as how you want me to treat you.

Arigato! :D