Monday, March 9, 2015

Pencarian Identiti Diri

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua.

hmm... nak tulis apa ye?

nak cerita bahawasanya yang aku ni dalam mood pencarian identiti diri. haaa... tak ke baku semacam ayat tu? sounds poyo pun ada. eheh... nak buat acane. it's me!

Minggu lepas, aku dikejutkan dengan announcement tak rasmi dari bonda yang meminta aku untuk mencari yang lain jika mahu berkawan juga dengan dia.

Aku : (dalam hati) Nak pilih ikan kat pasar pun belek kat lima belas minit. Lagikan anak orang.
          Takkan tengok kat tepi jalan dalam setengah jam, lepas tu terus sauk untuk seumur hidup??

okeh. sumpah kritikal beteiii budak ni punya monolog dalaman. ahaha


mohon bonda dan ayahanda terus approve tanpa banyak soal
kalau aku bawak dia yang ini datang ke rumah.
eheh.




-habis babak pertama-



Minggu lepas juga, bonda dan adik tengah meng"gertak" aku untuk lebih bersemangat untuk mem"perbaiki" hidup yang "agak" tidak terurus.

okeh. part ni kau kena ingat. bukan aku sememeh tak mandi seminggu macam kambing, tak sikat rambut, badan busuk gilos, bilik bersepah macam tongkang karam...

maksud tidak terurus adalah kau susah nak bergerak ke sana ke mari dan mengharapkan ayahanda sahaja, dan urusan kau tergendala hampir kesemuanya.

Selepas sesi gertak-menggertak, aku berasa hampir 100% "down" . Mujur ada ayahanda yang sangaaaaaaaaaaaaaaaaatttt bersabar atas fi'il kami yang bernama perempuan. Semangat aku yang sudah menjunam terjun bagaikan air terjun Niagara Falls tu telah berjaya diselamatkan oleh ayahanda.


kalau ikut wikipedia, katanya air yang jatuh dari atas tebing ke bawah adalah pada kadar
2400 meter kubik per meter.
macam tu kut kadar jatuh semangat aku kut.
"Sederas Niagara Falls"

eceh. ajet ajet macam tajuk novela lah? puii...






Sang Ayahanda memberi aku kata-kata bercas positif. Mohon terharu sekarang.

Don't worry about me.
I've moved on, dear.

Alhamdulillah. Doakan aku.



-habis babak kedua-




InshaaAllah. Untuk menjadi yang terbaik, mengambil masa yang lama. Hanya untuk mereka yang bersabar diuji, inshaaAllah, ada bahagian yang terbaik buat mereka.

Pesan #3:
kata cubemate aku,
(kat mesia, takde lagi version untuk maggi masala hokeyy)


"It takes 2 minutes to cook Maggi mee. Yet, it tooks hours to cook briyani. Good things really take time."

Ingat tu.


P/S: Tengah khusyuk menaip entri ni, ada satu SMS masuk.

Dari dia.

Katanya, "Good Night". Vielen Danke!

No comments:

Post a Comment

Leave your footprints here. Use good words.

Treat me as how you want me to treat you.

Arigato! :D