Showing posts with label First semester. Show all posts
Showing posts with label First semester. Show all posts

Sunday, January 31, 2016

What happens weh??

Banyak benda jadi sepanjang bulan Januari ni. At least, from last entry I posted on 3rd Jan.

1. Alhamdulillah... Mama have been discharged after 21 days warded.
2. Lost almost 2-3 kgs after successively finished writing my first review paper. (tak campur lagi numerous editted version dengan SV lagi...)
3. Mentoring asasi students. (well... I called them as "3 lil kids")
4. Numerous meeting in a day - which I called it as a crazy-hectic week!
5. Belajar untuk manage rumah tanpa mama ;((
6. Learn new things from my friends.

and...

I learn to know another creature named "adam".

okbai!

31Jan2016
-Rumah

Sunday, January 3, 2016

Happy New Year 2016!

Aku tak tahu mahu pergi arah mana...

Istikharah.

Ustaz ustazah kata, kalau urusan ke arah itu lagi senang, itu tandanya memang kau kena ikut yang itu.
Istikharah tak bemaksud all those signs kau kena cari dalam mimpi dan redah ikut je apa yg ada dalam mimpi. Memang ada yang diberi anugerah dari Allah sendiri yang tanda-tandanya diberi melalui mimpi. Atau tandanya tidak melalui mimpi tapi diberi tandanya dimudahkan atau disulitkan urusan tu... Atau, kau rasa sendiri tenang bila buat urusan tu. banyak petanda. hmmm....

It's okay. Habiskan tulis review paper ni. Siapkan cepat-cepat eksperimen. Tulis tesis cepat. Prepare for viva. Usaha sungguh-sungguh. Doa. Tawakkal.

Aku tahu benda ini bukannya mudah.
Tapi aku degil juga nak buat! haha...
Aku dah mulakan, so, kena habiskan.

03Jan2016
Rumah

-Selamat Tahun Baru 2016 & good luck ! 

Wednesday, December 2, 2015

Mama #2

After a month, baru nak update blog...
Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Masih diberi ruang, dan peluang pada diri ini untuk memperbaiki diri. Itu pun satu rezeki. Betul tak? ;)

Now, tengah menyelit masa kejap nak sapu habuk kat blog. (belum upgrade lagi jadi sawang macam bulan-bulan yang lepas. hihihi) Tengah-tengah menulis untuk personal notes (well, I will keep my notes for next meeting with my supervisor, usually), angin sayu pulak yang datang.

Sayu? Kenapa?

My mum tengah tak berapa nak sihat and it's my job to be with her. Walaupun kadang-kadang tu aku tak nak lepaskan mama sorang-sorang kat rumah. Tapi apa boleh buat, dah aku kena pergi lab (as usual), yg sorang kat uni dia, yg sorang lagi sekolah (tapi thank goodness, now is school holiday - dia tolong tengokkan mama kat rumah), abah - for sure, kerja.

A friend of mine saying, "boleh buat banyak pahala." (more less like that la...) Yes. Memang lubuk pahala kalau menjaga mak abah, kena pulak kau memang ikhlas sungguh-sungguh jaga dorang.

One thing yang aku rasa susah adalah jangan bagi dorang susah hati. Tak kira pasal apa pun, jangan bagi mak abah ni susah hati. Aku pulak jenis yang susah nak jaga composure, air muka ke... riak wajah ke... memang bab itu aku FAIL. hmm... mama pulak tak boleh tengok aku nangis ke apa... Mesti mama akan tanya. and as usual, I can't lie to her. Why?

"Anak yang pernah duduk dalam perut mama 9 bulan, segala isi hati anak mama, semua mama tahu."

Kau rasa? Kau boleh tipu mak kau?

Aku tak boleh tipu mak aku apa yang aku rasa bila tengok keadaan dia macam tu. Tambah lagi, dengan sekarang dah sibuk dekat lab. One more, aku bersyukur sangat sebab setelah beberapa lama merantau mencari ilmu, jauh dari pandangan mak abah... Akhirnya, kali ini, aku belajar lagi tapi boleh ulang alik la dari rumah. *doa mama & nenek makbul ni* So, agak-agak kalau kepala dah serabut, otak dah tak boleh nak analyze kat lab tu, memang aku call mama. At least, she feels contented (even a bit) and takdelah terasa sunyi sangat. hmm... sebab memang aku akan keep on calling her at least twice sepanjang aku ada kat lab. Kadang-kadang tu aku tanya soalan pelik... soalan yang memang dah sedia maklum... soalan luar alam... saja nak tanya!

Busy body betul kau ni... Eheh... suka hatilah mak aku!



Lastly, aku nak tanya,

bila kau tengok jasad yang pernah bawa kau ke sana ke mari selama 9 bulan, tersadai kat hospital atau terlantar kat rumah, dengan all those needles, tubes, wires and machines (kalau ada laa...), belum campur, kau kena basuh luka dan kau tak boleh tengok punctures, dengan cotton gauze berdarah. and macam-macam lagi kau kena urus dia macamana kau urus diri kau. atau dengan lebih tepat, macamana dia uruskan kau masa kecil dulu,

agak-agak kau boleh sorok tak rasa hati kau dari mak (dan abah) kau?



If you think you are "fragile" & "need to be handled with care"...
Please. Your mum (and dad) is waaayyyy MORE fragile than you. And they REALLY need to handle with EXTRA care.



uhuh. I should back to writing.

0325
02122015
Rumah

Sunday, November 1, 2015

Sapu Sawang

Kali terakhir aku publish di blog ini adalah pada 09 March 2015.
Eheh. Nampak sangat pemalas nak kemas kini.

So? What's up?



Recently, aku baru saja daftar untuk sambung belajar lagi.
Sarjana.
Bulan sembilan yang lepas.

Skema? ahaha. Mohon jangan kata aku skema sebab tak ada mana-mana peraturan atau rules & regulations yang boleh dipakai untuk sambung study pun. Asal kau ada tempat nak belajar, project proposal, geran, penyelia dan juga ongkos untuk bayar yuran, then, you're ready for postgrad study.

Jumaat yang lepas, aku ada berjumpa dengan penyelia untuk kesekian kalinya. Mungkin kali ini terlalu tertekan dengan pelbagai hal yang berlaku dalam satu hari, membuatkan aku ter-emo di hadapan si penyelia.

Maafkan saya, Dr. - kataku.

Tak apa. Saya tak akan bertanya dan tak akan ambil tahu kenapa kamu begini hari ini. - jawab si penyelia.

Alhamdulillah. Mendengar balasan dari penyelia, buat aku lega. Sebab apa? Sebab dia memahami yang aku tak nak bercerita mengenai penyebab aku ter-emo. Cuma mendapatlah bebelan dari penyelia berkenaan review paper yang masih ditulis, tentang basic procedures of microbiology untuk dibawa rujuk kepada Dr. lagi seorang. Jadi, aku perlu cepat-cepat tulis untuk siapkan review paper untuk disemak penyelia dan perlu ulangkaji procedures untuk microbiology test + si anak tikus. Kena kuat semangat ni. Lebihkan supplemen vitamin dan tabah hati.

Oh ya. Doakan juga ya untuk mamaku. Kasihan dia. Belum pernah disimen seumur hidupnya, tapi hari ini kena bersimen atas arahan doktor - untuk kebaikan mama jugak. Dia sahaja perempuan yang lahirkan aku. Maka, kenalah jaga. "Handle with care" gtewww... Mak kesayangan weh... Tak ada duanya. Itu aje lah seorang mak. Dunia dan Akhirat.

InshaaAllah. Till then.
01112015-0516