haaa.... baru ni nak hapdet belog yang dah bersawang. well... kau ingat kerja aku nak hapdet belog aje memanjang? ada je benda lain yang kena buat. kerja hakiki - menjadi pelajar. so, kena study laa kan. kerja time xde kerja - buat kerja selain kerja sekolah #eh aku terasa macam nak balik rumahlah.
bila balik rumah, mesti channel drama Korea aje yang duk terpasang kat rumah... hahaha tapi ada je masa tertentu yang orang kat rumah tu boleh request untuk tukar channel lain. contohnya, nak tengok "Semanis Kurma", "Spongebob", "Halaqah", "Discovery Channel", "CSI", "National Geographic" termasuklah saluran berita yang entah betul ke idak. kalau betul, Alhamdulillah. kalau tak betul, jawan depan Tuhan kat sana nanti.
nampak macam... weh, skemanya family kau...
tak jugak. aku layan je kalau angah bukak "Keeping Up with The Kardashians"
hahaha
aku rasa "quality family time" yg memang berkualiti adalah ketika kami sekeluarga duduk di depan TV, tonton drama Korea sambil kunyah popcorn berjemaah (ok part popcorn tu hiperbola sangaaattt).
bila tiba iklan komersial, masing2 mencari biskut buat kunyah.
habis sejam drama Korea, masing2 memberi idea, berdebat, malah pertahankan pendapat macam suruh benang basah diri tegak hanya semata-mata tak puas hati kenapa perempuan tu dapat hak macam anak kandung tuan punya syarikat padahal ada seorang lagi perempuan yang memang anak kandung tu tapi tak boleh nak mengaku dekat public yang dia tu pewaris sebenar syarikat. *haaaa, hambekkk kau* ganas tak ganas family aku kalau tonton drama Korea.
masing-masing ada bakat menjadi pengarah dan penulis skrip mee segera. kekeke... untuk pengetahuan, abah aku pun sama berhantu drama Korea nih.
abah aku cute. mama juga. kbai.
tapi aku lagi rindu, akan kualiti masa yg dulu-dulu. waktu masing-masing belum belajar jauh-jauh. abah pun tak selalu outstation. home is a contented place for me. but now... :(
aku sangat rindu akan waktu sama-sama ada peluang solat jemaah sekali. walau tak selalu, tapi bilamana ada masa, mesti akan buat. rindu!
aku sangat rindu akan waktu abah kata dia dah hafal Jumu'ah, lepas tu Sajadah pada aku. aku rasa, aku anak yang paling bahagia kat dunia ni.
aku sangat rindu akan waktu itu.
tapi apapun, kalau mama abah aku terlupa, it is a responsibility for the children to remind them. and it's me who have to remind them. as the eldest, aku juga kena ingatkan adik-adik aku untuk solat on time. engkau kalau drama Korea tak pernah miss satu episod, apa kes kau nak miss solat fardhu kan? haaaa... kan dah keluar aura kakak mithali. ecece... hahahha betul apa?
kau boleh refer dalam surah at-Tahrim, ayat 6.
Allah berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan"
:) whatever it is. baik buruk family aku. baik buruk family kau. they are still F.A.M.I.L.Y. sayangi each of them. kalau baik, kita topupkan lagi lebihan kebaikan. kalau buruk, try la slow talk, doa and etc.
aku sayang family aku.
aku rindu dorang.
aku rindu rumah.
aku rindu bantal busuk aku.
ok bai. sebelum aku merapu panjang-panjang, baik blah dulu. :) Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment
Leave your footprints here. Use good words.
Treat me as how you want me to treat you.
Arigato! :D