currently, aku sedang menunggu hari peperiksaan terakhir sebagai siswi program ijazah sarjana muda tahun akhir, semester terakhir. pada bulan-bulan yang lepas, aku tak sempat nak tulis apa yg aku nak tulis. so, benda yg best untuk dikenang sebagai budak degree pergi macam tu je... MACAM TU JEK?? eh tak la... ada je kenangan tu dalam bentuk gambar. aku je yang malas nak upload dan post. sebabnyaaa... kan aku dah kata sebelum ni, kerja aku bukannya update blog je semata... kalau ada masa, ada mood, ada idea, aku bebellah panjang-panjang dalam ni. heh.. bajet macam ada orang nak baca royanan kau je. hahaha
sepanjang empat tahun belajar cari ilmu, cari kawan, cari guru kat bumi Allah kat sini... banyak perkara aku belajar. :) kawan-kawan yang berjasa membawa aku ke alam nyata, tatkala aku terasa biol bila otak dah tepu sangat... hahaha cik puan roommates tahun 1 - 4, petanque teammates, biotech classmates, Ze Meknons and budak-budak aras, jiran pintu bilik sebelah, pintu bilik depan, selang 3 pintu kanan. HOKEH! dah dah... mengarut plak kau ye.
.
.
.
gambar ni masa aku duk ikut the seniors pergi panjat bukit... err... bukit-apa-entah-namanya.
yang kat belakang tu, abaikan. dah terlepet lepas tu. hahaha
masa tu, aku budak tahun 1. senior-senior yang pergi semua tu, budak tahun 3. hmm.. rindu plak kat dorang nih. oh yep. orang yang ambil gmbar ni kalau tak silap si Mad Jed. thanks bro!
.
.
.
tahun 2. this is my first time organize benda ni... Industrial visit ke MGRCB. uiii mak. takut.
berdebar-debar. happy. teruja. semua ada... emm... masa ni, kalau tak silaplah kan, jatuh pada hari yang sama dengan birthday aku tapi aku dah xde mood nak celeb time tu jugak. haha... tired maybe?
saat proposal ditolak berkali-kali oleh pihak fakulti itu yang buat aku macam malaslaaaaaaaaaaa nak buat dah program macam ni. tapi aku bersyukur sangat klasmet aku yang memang sporting and coolio gila. bagi aku sesabar tahap maksima. (macamana tu ye sabar tahap maksima? tak dapat digambarkan... hehe) and yeah, program tu berjalan se-smooth yang mungkin.
.
.
.
tahun 3.
aku tak ingat full name of this program tapi yang pasti regarding kefasihan berbahasa Mandarin dalam kalangan penuntut IPT seluruh Malaysia.
kalau tak silap aku, masa ni aku diserap dalam unit sambutan & protokol.
masa tu dah mula PSM pun... tahun 3 kan... masa tahun 3 jugaklah banyak ups and downs aku. okbai. takmo citer.
.
.
.
tahun 4. final year already... masa ni uni buat "rumah terbuka" sempena sambutan hari raya peringkat universiti. haruslah kena pergi dengan members yang memang sama-sama tahun akhir. heh.
aku sorang je budak biotech. lain tu, budak kimia.
haaaa... inilah program yang terakhir aku join... "Biotechnology Talk" with the juniors (3rd year students)
sebagai assignment kami. dalam program ni, pengarah program yang sempoi habisan. haha... incik Abdel.
aku dah gelabah gila sebab plan semua lari habis, dia boleh watlek watpis je. ok lah tu. at least, kurang sikit gelisah gelabah aku nih. kalau dua-dua gelabah squared, haha bungkus jgak program tu. saja je letak gambar lepas habis program. so, tengoklah muka memasing. blur ayam. haha
thanks to lecturers, classmates, teammates, roommates, and fellow friends yang kenal aku selama 4 tahun ni (except meknons yang memang dah kenal dari dulu lagi). sabar je layan kerenah aku. sabar je jawab soalan-soalan yang mencabar minda #eh mencabar sabar #iyesangat .
terima kasih atas bantuan kalian. guidance dari kalian. terima kasih. :)
doakan aku ye?




No comments:
Post a Comment
Leave your footprints here. Use good words.
Treat me as how you want me to treat you.
Arigato! :D