Showing posts with label nostalgic. Show all posts
Showing posts with label nostalgic. Show all posts

Saturday, February 21, 2015

Past Moments 170214

17 February 2014

My first day lapor diri di tempat praktikal. Secara rasminya aku jadi intern pada tarikh ini.

hmm... bersemangat waja hati kental nak mula hari pertama internship. Sesampainya kat sana... ada seorang pegawai ni tanya kat aku, "Intern eh?" Aku pun jawab, "Aah." Aku tak tau pun dia tu pegawai. Lepas tu, dia minta aku tunggu kat bilik kaca sementara tunggu pukul 8 pagi. Oh ye lupa nak mention. Hari pertama aku lapor diri kat situ, aku datang pukul 6.30 pagi.



Enam setengah pagi hokeeeyyyyy.
Serius mengantuk gila. Zzzz

-____________-



Aku pun usunglah beg berat sebab diisi dengan laptop (part ni skema)... Plus, dengan fail yang ada dokumen berkoyan-koyan sebab nak bagi pada pegawai unit latihan. Masuk je pukul 7.30 pagi, h/p aku bertalu-talu masuk mesej. hmm... siapa lagi kalau bukan classmates. Lupa jalan nak gi tempat praktikal, sesat jalan semua bagai. Aku jadi duk sabarkan dorang ni. hehehe...

Pukul 8.

Lapor diri time! ahaha... takde benda sangat. A brief roll call. Kenal-kenal dengan budak praktikal dari universiti lain, pegawai and anggota kat Unit Latihan. Sumpah ramai gila yang praktikal kat situ. Aku ingat sorang dua je yang praktikal. Aku dapat tahu rupanya ada lebih kurang 25 orang masa tu yang praktikal (belum campur kitorang... huuhu). Then, briefing pasal tempat praktikal, isi segala borang berkaitan, serah segala dokumen universiti, peribadi and so on... lepas tu aku dengan classmates lagi tiga orang tu dibawa ke Unit Audio/Video. <--- tempat pertama kitorg praktikal untuk dua minggu pertama. oh ye orang yang tanya kat aku "Intern eh?" masa pepagi buta tu rupanya pegawai kat situ. Hokaayyyy I kenal dah. Siap boleh dia kata kat classmates aku, "Haaa... Dia dah kenal saya dah pagi tadi." ok fine.

Maka bermulalah rutin harian menjadi pelajar praktikal selama 6 bulan lamanya.
(aku punya kes istimewa sikit. aku praktikal 6 bulan 2 minggu. eheh. sayang sangat kut kat situ. hahaha) Walau apa pun, masa jadi intern kena banyak belajar. Even orang kata macam siput, ye la... benda baru kannn... mestilah agak slow pada mulanya tapi at least kau belajar jugak benda yang takkan kau study kat uni. Betul tak? Sekarang ni takdenya benda-benda macam tu unless kau redah je.

Untuk junior-juniorku, adik-adik biotech, meh sini kakak nak ucapkan...
"Selamat ber-latihan industri. Selamat menjalan praktikal."


Adios momentos. (sambil kunyah gula-gula Mentos)


Pesan #2: Tak perlu fikir apa orang lain kata. Bila kau susah, tiada siapa yang akan tolong kau, melainkan pertolongan dari Allah s.w.t. jua yang mampu tenangkan hati kau...
P/s: Moga dia aman dalam jagaanNya.



Till then. Assalamualaikum.
1628
Rumah, Malaysia.

Friday, September 5, 2014

Kapal Kawan

Untuk kesekian kalinya aku menconteng blog ni...

Aku nak utuskan rasa rindu pada dia.
Aku nak sampaikan rasa sayang pada dia.
Aku nak beri rasa cinta pada dia.

err... siapa dia tu?

Insan bergelar K.A.W.A.N.

Jujur aku katakan, yang namanya kawan tu takkan pernah pisah dari hidup aku melainkan dengan izin dari Allah s.w.t., bila sampai masanya nanti, akan terpisah jua ikatan sahabat ni. Walauapapun, aku ingin menjadi salah seorang sahabat yang baik. Antaranya, mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya.

Aku bukanlah yang terbaik.
tapi aku ingin menjadi yang terbaik untuk kamu.


*untuk ika, ayin, fareha, norul, diana, amirarina, dbadebab. dan untuk kawan baru (yg tak berapa nak baru, una, fikri, jeff, amira, zila, hajar, huda, arina, nor, anjulia, dan smua yg terasa dekat di hati)*

p/s: Una, thanks melayan kerenah aku satu harini... moga Allah s.w.t. balas segala kebaikan kau. terima kasih temankan aku kat situ selama beberapa minggu. hehe... :)

Tuesday, December 17, 2013

Homesick #1

haaa.... baru ni nak hapdet belog yang dah bersawang. well... kau ingat kerja aku nak hapdet belog aje memanjang? ada je benda lain yang kena buat. kerja hakiki - menjadi pelajar. so, kena study laa kan. kerja time xde kerja - buat kerja selain kerja sekolah #eh  aku terasa macam nak balik rumahlah.

bila balik rumah, mesti channel drama Korea aje yang duk terpasang kat rumah... hahaha tapi ada je masa tertentu yang orang kat rumah tu boleh request untuk tukar channel lain. contohnya, nak tengok "Semanis Kurma", "Spongebob", "Halaqah", "Discovery Channel", "CSI", "National Geographic" termasuklah saluran berita yang entah betul ke idak. kalau betul, Alhamdulillah. kalau tak betul, jawan depan Tuhan kat sana nanti.

nampak macam... weh, skemanya family kau...

tak jugak. aku layan je kalau angah bukak "Keeping Up with The Kardashians"
hahaha

aku rasa "quality family time" yg memang berkualiti adalah ketika kami sekeluarga duduk di depan TV, tonton drama Korea sambil kunyah popcorn berjemaah (ok part popcorn tu hiperbola sangaaattt).

bila tiba iklan komersial, masing2 mencari biskut buat kunyah.

habis sejam drama Korea, masing2 memberi idea, berdebat, malah pertahankan pendapat macam suruh benang basah diri tegak hanya semata-mata tak puas hati kenapa perempuan tu dapat hak macam anak kandung tuan punya syarikat padahal ada seorang lagi perempuan yang memang anak kandung tu tapi tak boleh nak mengaku dekat public yang dia tu pewaris sebenar syarikat. *haaaa, hambekkk kau* ganas tak ganas family aku kalau tonton drama Korea.

masing-masing ada bakat menjadi pengarah dan penulis skrip mee segera. kekeke... untuk pengetahuan, abah aku pun sama berhantu drama Korea nih.

abah aku cute. mama juga. kbai.

tapi aku lagi rindu, akan kualiti masa yg dulu-dulu. waktu masing-masing belum belajar jauh-jauh. abah pun tak selalu outstation. home is a contented place for me. but now...  :(

aku sangat rindu akan waktu sama-sama ada peluang solat jemaah sekali. walau tak selalu, tapi bilamana ada masa, mesti akan buat. rindu!

aku sangat rindu akan waktu abah kata dia dah hafal Jumu'ah, lepas tu Sajadah pada aku. aku rasa, aku anak yang paling bahagia kat dunia ni.

aku sangat rindu akan waktu itu.

tapi apapun, kalau mama abah aku terlupa, it is a responsibility for the children to remind them. and it's me who have to remind them. as the eldest, aku juga kena ingatkan adik-adik aku untuk solat on time. engkau kalau drama Korea tak pernah miss satu episod, apa kes kau nak miss solat fardhu kan? haaaa... kan dah keluar aura kakak mithali. ecece...  hahahha betul apa?

kau boleh refer dalam surah at-Tahrim, ayat 6.

Allah berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan"

:) whatever it is. baik buruk family aku. baik buruk family kau. they are still F.A.M.I.L.Y. sayangi each of them. kalau baik, kita topupkan lagi lebihan kebaikan. kalau buruk, try la slow talk, doa and etc.

aku sayang family aku.
aku rindu dorang.
aku rindu rumah.
aku rindu bantal busuk aku.

ok bai. sebelum aku merapu panjang-panjang, baik blah dulu. :) Assalamualaikum.

Friday, June 7, 2013

Mini Project + Study Week + PSM 2

Assalamualaikum. Hi readers.

Hmmm... dah mula bersawang plak blog. Fuuhh fuuuhhh... Gi main jauh2 sana sawang oi... Hahaha nak cerita satu2, takut tak larat nak taip panjang2 and maybe ada gak yg malas nk baca. Compile je la jadi satu entri semua sekali. ;)

Hectic nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa semester ni!!! Tapi takpe aku enjoy study. Takde masalah. Hehe. Nak cerita pasal Mini Project Biomanufacturing Competition 23/5/2013 haritu. Memorable moment with them. ;D

Kawan dari tahun satu sampailah sekarang. Tidaklah aku kenal betul2 semua ni... tapi aku enjoy la study dengan budak2 ni. Adatlah kalau ada tercalar ego, terguris hati, terkeluar carutan semua tu... Biasalah. Tekanan. hahaha... Haippp... tak baik carut. Tetttttttttt...

Kenangan semester 2 tahun 3 - Biomanufacturing punya subjek.
Miss Nurul 'Azyyati Sabri : Thanks for teaching us with love. Thanks for bring out the talents inside us. ;) Ada jugak yang ada talent jadi pelakon, promot barang, R&D manager dan macam2 lagilah (semasa presentation dan dalam promo video). Bawah ni, hanyalah sebahagian dari 2nd batch of Industrial Biotech. Ramai lagi sebenarnya member2 cuma dorang tak daftar subjek Biomanufacturing untuk semester ni (some of us have taken this subject earlier...)

Biomanufacturing Sem6 2013. 2nd batch Ind. Biotech.

*oh yep. gambar di"kidnap" dari efbi miss Azie. hehe... miss, credits for you eh!!



ni baru sikit. ada banyak lagi yang sudah, menunggu untuk dibasuh.
(mama, tlong rasa tharu jap tgk anak mama basuh byk ni ahahahaha)

Lepas habis Mini Project Biomanufacturing... siapkan eksperimen PSM 2, nak kena tulis report sket. tulis tesis (report yang paling best dari awal sampai akhir... o.O) then, buat lab cleaning. siap kena buli dengan lab assisstant!! waaaaaaaaaaa... FINE. Whatever it is... Alhamdulillah... 30/5/2013 tamat secara rasminya eksperimen PSM 2 (my 3rd phase - experimental part). Bila tengok lab assisstant signed my "pink" form, maknanya dah selamat pulangkan SEMUA sekali barang2 yang dipakai. Ehehe... Geram2 kena buli pun, lepas ni dah tak de dah nak jumpa korang lagi masuk lab siang malam daaaaa... hahaha. Semester depan pun masuk untuk satu subjek lab je. :)

Bila dah habis eksperimen PSM 2, dah buat lab cleaning, that means I don't have to go to the lab any more. Sounds good, but I'll miss them...

anak-anak saya~

anak-anak saya juga... tapi letak yang contaminate punya la. nak letak yang betul2 tu, secret recipe... eheh


anak-anak mentee PSM Miss Lee C.M. :) pening kepala our supervisor dengan kerenah kitorang.
especially, aku la. ehehe... ampun!



eheh. terinterframe dalam gmbar ni. I'll miss them a lot! Nor Amira M.Aris, Marlessa Suzain, Lian AiAi, Chua Leong Huat, Hazwani Husin tudung pink dan budak ppuan pakai tudung ungu.


Surely, I'll miss myself in finishing my labwork. :)

termasuklah rindu untuk berebut guna autoclave, micropipettes dan sewaktu dengannya, kena marah dengan lab assisstant sebab extend guna lab lebih pukul 6, bertapa sampai tengahmalam teman labmates ambil result,  serius tahap tak ingat dunia bila orang lain dah habis exp. kita x habis lagi... haha

<3 Lots of memories back then. Good luck for final exam (right now, it's our study week~!) Next week, final exam (my first subject - 10/6). Good luck for our PSM 2 viva. Soon. 4/7/2013. Doakan saya. Doakan kami.