Showing posts with label zoning out. Show all posts
Showing posts with label zoning out. Show all posts

Wednesday, November 15, 2017

Silence

Just an express update for today.

Currently I've been on medication for the past 37 days. Sometimes I'm stuck and it sucks. Yes. You didn't read it wrong. It sucks.

It feel worse. Everyday you are fighting the demons inside who tries to bring you down. Just a simple issue can triggers you badly. I feel congested. Suffocate. Lonely.

Help me.


Thursday, August 31, 2017

Selamat Hari Merdeka

Hari ni hari kemerdekaan Malaysia yang ke-60.

Oh... sudah 60 tahun bumi Malaysia merdeka dari penjajah. Tapi apakah gaya dan buah fikiran kita masih terjajah? Apakah kita bebas untuk membuat keputusan?

Apakah erti kemerdekaan pada diri?

Apabila engkau buat sesuatu tanpa memikirkan pendapat (terutamanya, pendapat negatif) orang lain. Redah saja.



Monday, February 27, 2017

It's Monday!


It's Monday, and it'll be ok.

*I hope so.

Morning everyone!!




"Don't be the same, be better!"

Sunday, January 3, 2016

Happy New Year 2016!

Aku tak tahu mahu pergi arah mana...

Istikharah.

Ustaz ustazah kata, kalau urusan ke arah itu lagi senang, itu tandanya memang kau kena ikut yang itu.
Istikharah tak bemaksud all those signs kau kena cari dalam mimpi dan redah ikut je apa yg ada dalam mimpi. Memang ada yang diberi anugerah dari Allah sendiri yang tanda-tandanya diberi melalui mimpi. Atau tandanya tidak melalui mimpi tapi diberi tandanya dimudahkan atau disulitkan urusan tu... Atau, kau rasa sendiri tenang bila buat urusan tu. banyak petanda. hmmm....

It's okay. Habiskan tulis review paper ni. Siapkan cepat-cepat eksperimen. Tulis tesis cepat. Prepare for viva. Usaha sungguh-sungguh. Doa. Tawakkal.

Aku tahu benda ini bukannya mudah.
Tapi aku degil juga nak buat! haha...
Aku dah mulakan, so, kena habiskan.

03Jan2016
Rumah

-Selamat Tahun Baru 2016 & good luck ! 

Monday, March 9, 2015

Pencarian Identiti Diri

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua.

hmm... nak tulis apa ye?

nak cerita bahawasanya yang aku ni dalam mood pencarian identiti diri. haaa... tak ke baku semacam ayat tu? sounds poyo pun ada. eheh... nak buat acane. it's me!

Minggu lepas, aku dikejutkan dengan announcement tak rasmi dari bonda yang meminta aku untuk mencari yang lain jika mahu berkawan juga dengan dia.

Aku : (dalam hati) Nak pilih ikan kat pasar pun belek kat lima belas minit. Lagikan anak orang.
          Takkan tengok kat tepi jalan dalam setengah jam, lepas tu terus sauk untuk seumur hidup??

okeh. sumpah kritikal beteiii budak ni punya monolog dalaman. ahaha


mohon bonda dan ayahanda terus approve tanpa banyak soal
kalau aku bawak dia yang ini datang ke rumah.
eheh.




-habis babak pertama-



Minggu lepas juga, bonda dan adik tengah meng"gertak" aku untuk lebih bersemangat untuk mem"perbaiki" hidup yang "agak" tidak terurus.

okeh. part ni kau kena ingat. bukan aku sememeh tak mandi seminggu macam kambing, tak sikat rambut, badan busuk gilos, bilik bersepah macam tongkang karam...

maksud tidak terurus adalah kau susah nak bergerak ke sana ke mari dan mengharapkan ayahanda sahaja, dan urusan kau tergendala hampir kesemuanya.

Selepas sesi gertak-menggertak, aku berasa hampir 100% "down" . Mujur ada ayahanda yang sangaaaaaaaaaaaaaaaaatttt bersabar atas fi'il kami yang bernama perempuan. Semangat aku yang sudah menjunam terjun bagaikan air terjun Niagara Falls tu telah berjaya diselamatkan oleh ayahanda.


kalau ikut wikipedia, katanya air yang jatuh dari atas tebing ke bawah adalah pada kadar
2400 meter kubik per meter.
macam tu kut kadar jatuh semangat aku kut.
"Sederas Niagara Falls"

eceh. ajet ajet macam tajuk novela lah? puii...






Sang Ayahanda memberi aku kata-kata bercas positif. Mohon terharu sekarang.

Don't worry about me.
I've moved on, dear.

Alhamdulillah. Doakan aku.



-habis babak kedua-




InshaaAllah. Untuk menjadi yang terbaik, mengambil masa yang lama. Hanya untuk mereka yang bersabar diuji, inshaaAllah, ada bahagian yang terbaik buat mereka.

Pesan #3:
kata cubemate aku,
(kat mesia, takde lagi version untuk maggi masala hokeyy)


"It takes 2 minutes to cook Maggi mee. Yet, it tooks hours to cook briyani. Good things really take time."

Ingat tu.


P/S: Tengah khusyuk menaip entri ni, ada satu SMS masuk.

Dari dia.

Katanya, "Good Night". Vielen Danke!

Monday, February 16, 2015

Luahan di Malam Hari

Assalamualaikum. Salam sejahtera untuk semua.

Saja aku nak menconteng. Dah lama tak menconteng, buang emosi kat sini. hahah poyo je kau.
Right now masih lagi tercari-cari arah tuju dalam hidup. (Hmmm... ayat budak ni kalau tak poyo, memang tak sah!) Eh kira betullah tu. Nak kata amende lagi?


Jejak langkah yang lepas usah dikenang lagi. Yang penting, menapak ke depan. Usah mundur!




Kawan-kawan yang mana dah selamat melangkah menjadi suami isteri tu, aku dok heran sangatlah. At least, apa-apa jadi kat dorang pun dorang ada back-up. Betul tak? Kata dorang...

"Cepatlah... Join the club right now!"

Memang betul-betul ambil "Frozen" theme nih.






Kawan-kawan yang duk menyambung belajor lagi aku tengok dorang dah macam putus fius berasap-asap nak tulis proposal. Itu belum lagi proposal defense. Kata golongan ini...

"Jomlah sambung... kata haritu nak sambung. Ni aku dah sambung, kau tak daftar lagi. Apa cer doh?"

(forgive the statement. aku tinggal kat KL memang selalu guna slanga macamtu)

Dah rasa zaman bergelar jadi student dulu. Meja study dah jadi katil nombor satu.
Katil? Katil jadi tempat tidur untuk buku-buku tebal, fail, kertas & etc.






Kawan-kawan yang dah bahagia duk pegang duit sendiri (bekerja), ke hulu ke hilir hujung minggu duk tengok muka dorang saja kat FB / insta dengan caption yang sangat diva statement-nya. Kata mereka...

"Hi. Harini kita nak release tension. Jumpa Yuna kat Encorp Strand. oh ya kita pakai shawl dari XX and baju dari YY. #ootd #qotd #releasetension #yuna #encorpstrand #damansara #entahpahapelagihastagmengarutkauletakpanjangberjela "

Quote of the day yang langsung tak menepati gambar. Hashtag je lebih biasanya.
ok. mungkin korang akan kata... "ah kau jealous le tewww"
hahaha banyak benda lagi yang aku nak jealous dari hashtag kau.



dan...





Kawan-kawan yang masih single-mingle, ke hulu ke hilir masih dengan resume di tangan. Pabila pergi ke career fair selalu terjumpa muka yang sama memburu kerja. Luah mereka...

"Baru tiga minggu lepas aku nampak kau kat career fair ABC, hari ni terjumpa kau lagi kat sini? Ohyemgeee... memang kita ni muka cari kije la. (dan disambut dengan hilai gelak tawa yang entah siapa tahu rasa dalam hati memasing bila pulang dari career fair nanti.) "

pehhhh.... cekiwa betei kau. takpe.
"Usaha Tangga Kejayaan"

Whoever you are... Don't be so shy. Don't be pessimist. Everyone have their own uniqueness and so are you! Try to look around, and get to know people. Build new relationship. (tapi janganlah pulak kau tibai je say "Hi" pada orang sekeliling..ikut situasi la.) Oh ye. Get prepared, be smart. Aku hanya berpesan benda yang sama pada diri sendiri.

Rasanya nak letak pesanan kat setiap hujung entri la gini... Sekurang-kurangnya, aku tahu apa yang aku pesan untuk diri sendiri bila aku baca balik entri akan datang. (and mohon jangan hubby-to-be aku jumpa link nih.. hahahahha)


Pesan #1: Hormati diri sendiri dulu, dan orang lain akan hormat kita.
P/s: I miss him.


Till then. Assalamualaikum. Good night everyone.
11.04 pm.
Malaysia.

Friday, September 5, 2014

Kapal Kawan

Untuk kesekian kalinya aku menconteng blog ni...

Aku nak utuskan rasa rindu pada dia.
Aku nak sampaikan rasa sayang pada dia.
Aku nak beri rasa cinta pada dia.

err... siapa dia tu?

Insan bergelar K.A.W.A.N.

Jujur aku katakan, yang namanya kawan tu takkan pernah pisah dari hidup aku melainkan dengan izin dari Allah s.w.t., bila sampai masanya nanti, akan terpisah jua ikatan sahabat ni. Walauapapun, aku ingin menjadi salah seorang sahabat yang baik. Antaranya, mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya.

Aku bukanlah yang terbaik.
tapi aku ingin menjadi yang terbaik untuk kamu.


*untuk ika, ayin, fareha, norul, diana, amirarina, dbadebab. dan untuk kawan baru (yg tak berapa nak baru, una, fikri, jeff, amira, zila, hajar, huda, arina, nor, anjulia, dan smua yg terasa dekat di hati)*

p/s: Una, thanks melayan kerenah aku satu harini... moga Allah s.w.t. balas segala kebaikan kau. terima kasih temankan aku kat situ selama beberapa minggu. hehe... :)

Saturday, August 23, 2014

Lagu & Cinta

Sedang aku berjalan-jalan dalam ruang maya, aku klik pada satu pautan lagu.
Merdu suaranya.
Elok gayanya. Tidak kaku.
Baik jalan ceritanya.

Namun, ada satu perkara yang buat aku terfikir.
Kenapa sang pria kelihatan lemah, termenung acapkali teringatkan si dia?
Bukankah cinta itu patutnya buat seseorang itu teguh, matang, dan luas pemikirannya? Cinta itu fitrah. Tidak kiralah cinta dengan Allah, cinta sesama manusia, cinta pada hewan. Pelbagai jenis cinta. Semua orang merasainya saat pertama kali bertentang mata dengan bonda apabila menjengah dunia. Itu pun cinta.

Jatuh cinta tidaklah sesukar mana. Perkara alami (natural) dan spontan ianya berlaku. Tidak sadar tikanya kita merasakan jatuh cinta.

Tidak perlu jadi manusia lemah pabila cinta menyapa diri.
Cinta itu patutnya membuatkan kita lebih mengingati yang Maha Pencipta, Pemilik cinta.

Wednesday, August 13, 2014

Kejutan untuk seorang aku

#playing Astrid - Terpukau

Heeeee~~
Dapat kejutan untuk hari ini. Terima kasih! Tidaklah kejutan sebesar bumi, or got prank like wakenabeb... Biasa je tapi oklah untuk aku yang biasa2 aje. heheh... I'm appreciate it. eheh, petang tadi otw nak ke lobi depan, cik wan nampak. hee~ Agaknya cik wan nak panggil saya, tapi terkejut bila tengok orang sebelah. hehe... kita senyum aje. :P 
_______________________________________________________________________________

Aku dah janji, aku nak pilih untuk gembira. :) dan aku harap cerita ini jangan terhenti di sini.
Terima kasih future senior.

P/s: Jumaat hari last intern... sedih plak rasa. tapi cuak lagi nak tunggu Isnin ni.

Tuesday, August 5, 2014

rasa

jika kau senang dan selesa bila bersama si dia

sekarang belajar untuk setia

biar kau tahu erti setia semasaknya

agar kau tahu menghargai dia

dan dia akan hargai kau selayaknya

Monday, January 13, 2014

Appa Oddiga? eh. Abah ler.

abah den suka sangat usik mengusik dengan anak-anak dia.
orang kata dia garang. itu mesti dorang tengok muka abah le tuuu...
eh...
muka je nampak garang but, trust me,
dalam hati abah penuh dengan bunga-bunga cinta.


kalau aku buat apa yang abah tak suka,
abah den suka tegur depan-depan je.

lepas tu, mesti aku sentap.
lepas tu, mesti aku nangis.
lepas tu, mesti abah tak jadi nak marah.
lepas tu, mesti abah kata "Don't cry."
lepas tu, mesti aku berhenti nangis.
lepas tu, aku reflect balik apa yang aku dah buat.

ahaks! that's the childish side of me.


peribadinya tegas, keras,
tapi dialah jugak orang yang aku cari untuk settlekan masalah.
tapi dialah jugak orang yang takkan pernah biarkan anak-anak dia hidup dalam susah.
tapi dialah jugak yang lembut hatinya. sayangnya tak ternampak. bukan macam mak. kasih sayang mak memang selalu nampak.
walau apa pun, jangan dilupakan abah engkorang dalam setiap titipan doa pada tuhan. kalau takde abah, ekau tak lahir kek dunio. ekau paham?
*tak lupa juga, doa untuk mama sekali.


Special entry for guys yang dah pegang gelaran:
abah, ayah, bapak, daddy, papa, APAK <--- room mate aku panggil APAK..  dan panggilan yang sewaktu dengannya.

Monday, December 23, 2013

Down Memory Lane~ #1

hello. update lagiiii... eheh. mencuri masa sekejap.

currently, aku sedang menunggu hari peperiksaan terakhir sebagai siswi program ijazah sarjana muda tahun akhir, semester terakhir. pada bulan-bulan yang lepas, aku tak sempat nak tulis apa yg aku nak tulis. so, benda yg best untuk dikenang sebagai budak degree pergi macam tu je... MACAM TU JEK?? eh tak la... ada je kenangan tu dalam bentuk gambar. aku je yang malas nak upload dan post. sebabnyaaa... kan aku dah kata sebelum ni, kerja aku bukannya update blog je semata...  kalau ada masa, ada mood, ada idea, aku bebellah panjang-panjang dalam ni. heh.. bajet macam ada orang nak baca royanan kau je. hahaha

sepanjang empat tahun belajar cari ilmu, cari kawan, cari guru kat bumi Allah kat sini... banyak perkara aku belajar. :) kawan-kawan yang berjasa membawa aku ke alam nyata, tatkala aku terasa biol bila otak dah tepu sangat... hahaha cik puan roommates tahun 1 - 4, petanque teammates, biotech classmates, Ze Meknons and budak-budak aras, jiran pintu bilik sebelah, pintu bilik depan, selang 3 pintu kanan. HOKEH! dah dah... mengarut plak kau ye.

.
.
.

gambar ni masa aku duk ikut the seniors pergi panjat bukit... err... bukit-apa-entah-namanya.
yang kat belakang tu, abaikan. dah terlepet lepas tu. hahaha

masa tu, aku budak tahun 1. senior-senior yang pergi semua tu, budak tahun 3. hmm.. rindu plak kat dorang nih. oh yep. orang yang ambil gmbar ni kalau tak silap si Mad Jed. thanks bro!

.
.
.

tahun 2. this is my first time organize benda ni... Industrial visit ke MGRCB. uiii mak. takut.
berdebar-debar. happy. teruja. semua ada... emm... masa ni, kalau tak silaplah kan, jatuh pada hari yang sama dengan birthday aku tapi aku dah xde mood nak celeb time tu jugak. haha... tired maybe?

saat proposal ditolak berkali-kali oleh pihak fakulti itu yang buat aku macam malaslaaaaaaaaaaa nak buat dah program macam ni. tapi aku bersyukur sangat klasmet aku yang memang sporting and coolio gila. bagi aku sesabar tahap maksima. (macamana tu ye sabar tahap maksima? tak dapat digambarkan... hehe) and yeah, program tu berjalan se-smooth yang mungkin.

.
.
.

tahun 3.
aku tak ingat full name of this program tapi yang pasti regarding kefasihan berbahasa Mandarin dalam kalangan penuntut IPT seluruh Malaysia.
kalau tak silap aku, masa ni aku diserap dalam unit sambutan & protokol.

masa tu dah mula PSM pun... tahun 3 kan... masa tahun 3 jugaklah banyak ups and downs aku. okbai. takmo citer.

.
.
.

tahun 4. final year already... masa ni uni buat "rumah terbuka" sempena sambutan hari raya peringkat universiti. haruslah kena pergi dengan members yang memang sama-sama tahun akhir.  heh.
aku sorang je budak biotech. lain tu, budak kimia.


haaaa... inilah program yang terakhir aku join... "Biotechnology Talk" with the juniors (3rd year students)
sebagai assignment kami. dalam program ni, pengarah program yang sempoi habisan. haha... incik Abdel.
aku dah gelabah gila sebab plan semua lari habis, dia boleh watlek watpis je. ok lah tu. at least, kurang sikit gelisah gelabah aku nih. kalau dua-dua gelabah squared, haha bungkus jgak program tu. saja je letak gambar lepas habis program. so, tengoklah muka memasing. blur ayam. haha


thanks to lecturers, classmates, teammates, roommates, and fellow friends yang kenal aku selama 4 tahun ni (except meknons yang memang dah kenal dari dulu lagi). sabar je layan kerenah aku. sabar je jawab soalan-soalan yang mencabar minda #eh mencabar sabar #iyesangat .

terima kasih atas bantuan kalian. guidance dari kalian. terima kasih. :)

doakan aku ye?

Monday, September 30, 2013

Monday, July 1, 2013

Untitled #1

aduh. sakitnya hati dia.
bila sudah terbit perasaan itu, kau buat dia begini.
mungkin kau tidak tahu, dia sedar akan perasaan itu... yang lahir dari hati dia.

bukan dibuat-buat.
sungguh.

tapi. kenapa kau buat dia begini?
kata begitu dan begini. bagai sudah pasti hidup berdua sampai akhirnya?
apakah kau pasti kalian berakhir dengan... kau nikah dia. dia nikah kau?
apakah kau begitu pasti kalian takkan berpaling antara satu sama lain?

kau belum tahu lagi apakah pengakhirannya.
jadi.
mengapa semudah itu kau lafazkan ayat itu?

jangan dibiasakan.
bimbang yang halal nanti cemburu dek kerna perangai anak-anakmu.

oh ye. dia sudah pun tahu sisi mu bagaimana.
kini, dia sudah berkeputusan.

goodness. what a world! hoping the best. haha...


P/S: aku bukan pengarang puisi indah. aku hanya tahu throw and spill je.

P/S/S: adaptasi dari ceritera kawan-kawan, filem, pemerhatian dan ayat sastera yang tak berapa nak jadi.

Monday, June 17, 2013

Eheh.. Topik itu?

Tetiba je kau nak hapdet pasal topik ni ye paghahh??
Sebelum ni, takdenya nak cakap diskus bagai pasal ni. Tetiba je ye?

eheh... bior ah. ku punya suka.

Once upon a time, there is a little girl....
*PAP*

Hoi, kut ye pun nak lempang lelaju, gtaw dulu. -.-"



camni la... ada seorang senior yang memang kamceng ngan gua (pergh... bajet gangsta plak minah ni) berpesan....


"Doa dulu ya.
Hati ini simpan niat untuk dia, benar hati ini simpan. Tapi, biarlah dia dalam jagaan Allah dahulu. Biarlah antara kami ada jaraknya, biarlah saat ini sahabat lain hampir ke baitul muslim. Andai kita serah semua pada Allah, lalu kita doa. Hati ini jadi lapang, kepada Allah lah sebaik-baik tempat untuk berserah."


Ko tengok tu paghahh... Itu laaa... Gua dah kata kau jangan nak bajet gangsta 24/7. Cabut lari bakal mak mentua, prospek jodoh yang berkeliaran di luar sana. heheh...

Actually, malas sebenarnya nak pikir benda2 camni. tapi bila dah mokcik CNN, ABC, KBS kat sini dah mula bukak mulut pasal anak si fulan dah pregnant, dah nikah, nak tunang, kad walimah dah sampai la hape la, tetiba ending story mokcik balik pada aku, "Kau bila lagi?" perghhh... I rate this question - "CepuGangsa" sebab mampu bagi aku nebes even for 5 seconds. Tahniah mokcik! hahaha... Okeh,  admitlah. Soalan tu bagi aku terfikir balik la. Still, ampun sikitlah sebab parents aku tak de nak push sangat pasal topik ni. Aku ngaji pun tak habes lagi mokcik oiiiii... Sleepless nights. Bermain dengan emosi setiap kali kena rewrite thesis. Drama queen punya perempuan. Bajet gangsta. sapa naaaaaakkk?? meh cakap. hahaha

Papehal. Aku nak tido. Kbai.



P/S: Vaccine Technology in progress. Digest it.

Sunday, May 19, 2013

Buang

Nerdy with nerdy, menjadi ke?

Gosh...

Physics with biology, err... boleh in ke?

=.=

Propose theory with propose microbe, ada persamaan ke?

o.O

I don't think we have any similarities.

So, conclusion... we're like a perpendicular line.

Monday, May 13, 2013

Random

Today, saw someone with new haircut. Hari tu, macam sarang tebuan je tengok. Eh...oopsiee...

Tapi memang betul le. Ahaha

*melihat dari cermin lab*