Showing posts with label Final year. Show all posts
Showing posts with label Final year. Show all posts

Saturday, August 16, 2014

Last day of internship

Okeh.
Officially, done my industrial training. :) Am leaving them for good. hehe...
For Una, I won't be there for two weeks. Use your time wisely. ahaks!
For Fikri (a.k.a fikara chan. duh...), aku tak puas hati sebab tak dapat buli kau lagi! hahahaha

By the way, thanks future (maybe...) senior for the moments. Ngeh3. Aku selalu kut buat bising, malas gila nak buat kije... Sorry. Mintak ampun smua salah silap aku, mintak halal ilmu, makan minum, hartabenda hatta dakwat pen (kut pernah terguna kat meja korang), mintak dihalalkan semua ya. :( siapa kata last day intern tu seronok? memanglah seronok, happy, sebab dah habis intern tapi sebab ukhwah tu dah kuat en... (ye keee hahaha) so, it's difficult to break the bond (acece...)



It's hard to say goodbye, cuz I already left my heart in ...



Hmm... kata kena interview. Nak tunggu isnin macam jadi macam tak jadi je. Dukturnya macam ada macam tak ada je. Aku pun macam berbelah bagi macam pergi macam tak pergi je. Cemana ni...

Makanya, ikut gerak hati yang telah Allah s.w.t tetapkan untuk aku. Akan aku tuju pada situ.
InshaaAllah.
Moga Allah s.w.t. permudahkan urusan aku.

Wednesday, August 13, 2014

Kejutan untuk seorang aku

#playing Astrid - Terpukau

Heeeee~~
Dapat kejutan untuk hari ini. Terima kasih! Tidaklah kejutan sebesar bumi, or got prank like wakenabeb... Biasa je tapi oklah untuk aku yang biasa2 aje. heheh... I'm appreciate it. eheh, petang tadi otw nak ke lobi depan, cik wan nampak. hee~ Agaknya cik wan nak panggil saya, tapi terkejut bila tengok orang sebelah. hehe... kita senyum aje. :P 
_______________________________________________________________________________

Aku dah janji, aku nak pilih untuk gembira. :) dan aku harap cerita ini jangan terhenti di sini.
Terima kasih future senior.

P/s: Jumaat hari last intern... sedih plak rasa. tapi cuak lagi nak tunggu Isnin ni.

Tuesday, August 12, 2014

happy gumbiraaa

hari ini, penuh dengan rasa.
semua duk tanya dah kenapa kau kena extend internship and so on...
agaknya duk canang dalam wasep wasap bagai lettew.
penat aku nak jawab sorang2.
aku ganti 2 minggu cuti haritu sebab aku gi wakil U la untuk MASUM...

ok. aku dah jawab.

sekarang, kau nak apa? gembira, sedih, bengang, semua ada... tapi aku pilih untuk jadi diri aku sendiri.

gembira menjadi diri sendiri
gembira nampak ami (in pink gteww...)
gembira hari ini pakai baju kurung pink
gembira dapat jumpa budak2 praktikal lagi
gembira masih boleh menggila huu haa dengan jeff, fikri, amira and etc.
gembira dapat join sekaki majlis hari raya tuuu

dan...
gembira sebab Allah s.w.t masih beri peluang pada aku lagi untuk bertaubat

cukup dengan itu. maka aku pilih untuk gembira.

Saturday, January 11, 2014

Final Exam - LI

oh yeah.
3 papers settled already. 2 more to go!
tapi hari ni memang aku tak study apa pun. sakit kepala sebab terlebih tidur + makan megi (huh?)

kombinasi terbaik.

jangan buat macam tu lain kali ye. jaga kesihatan. nanti dikata tak pandai jaga diri. ok. I'm taking care of myself. pueh hati? hehe...

ok. pasal LI plak, Alhamdulillah. hampir settle. moga mudahlah urusan bulan 2 ni. dah decide pun nak gi yang mana satu... pagi 8 januari tu, tak sangka plak dapat panggilan dari Agensi Nuklear Malaysia. nasib baiklah aku dah bangun tidur, sebab dapat panggilan pukul 8 pagi! ahaha... kalau dah musim2 exam, tambah plak takde exam pagi, memang tidur balik ah jawabnya budak2 ni... haha suara control macho habis jawab call tu. nak bagi efek segar ceria pepagi buta. nak dijadikan cerita, Dr. A (bagi huruf depan aje la ye..) tanya dah dapat tempat LI belum? kalau belum, boleh LI bawah seliaan dia... pastu, dia nak tahu keputusan aku. ON. THE. SPOT. hmm... I'm puzzled. yelah pepagi pukul 8, kepala otak pun masih kat katil lagi. tetiba dah kena buat keputusan. then, aku mintak 24 jam untuk buat decision. oklah. dia pun kata, nanti awak bagitahu your decision esok pagi.

punyalah beria aku call rumah. tanya mama abah, apa pendapat dorang, semua2lah aku tanya. plus, aku tanya sorang senior aku ni since dia pernah buat LI kat sana. seharian aku consider benda ni. yelah. benda nak LI 6 bulan kut. bukannya takat 3 bulan. setengah tahun duk kat situ. ekau paham?

pagi 9 januari. tepat 8 pagi. aku pun call Dr. A... so, apa cer beb?

aku tolak. *dengan cara yang elok ye...

mesti kau fikir aku ni bodoh sebab gi tolak offer dari nuklear kan?
sebelum kau kata aku itu aku ini... let me tell you, I've considered this matter seriously.

salah satunya, aku takkan sia-siakan usaha aku selama ini. aku dah dapat kat tempat yang memang aku nak. takkanlah semudah itu aku isi rejection letter dan hantar pada dorang? :)
syukur. Alhamdulillah. dapat juga aku ke situ.

haaaa... LI dah nak hampir settle. apa lagi yang tak settle2 ni?
bila tengok balik benda yang kena settle before balik rumah... mak aihh... banyaknya!

1) kemas baju, packing barang (dah tentu.. sebab tak LI kat uni)
2) final exam lagi 2 subjek
3) rejection letter, emel berkaitan, borang2 berkaitan
4) SLI <--- paling penting
5) sijil MGRC ada pada aku. budak2 ni cepat2lah tuntut dari aku...
6) sijil program cantik tertarik. nampaknya memang kena serah kat staf KK nih...
7) nana chan punya duit buku LI
8) buku puan Amira Shazwani... eden tak pulang lagi.
9) pulangkan cinta hati. E46 kat pusat sukan.

and the list continues...

hmm... nak sambung ke tidak ye belajar nih? sudah ada rasa cemburu dengan kawan-kawan yang dah grad tahun lepas (sebab degree dorang 3 tahun) dan sambung master sekarang ni... apa pun. doakan yang terbaik untuk diri ini. pilihan Allah s.w.t. itu yang terbaik. redha mak abah tu lagi penting. sebabnya, takkanlah aku nak gi sambung study dengan hati mama abah berbelah bagi? betul tak? redha Allah pada aku, bergantung pada redhanya mama abah pada aku.

"When it comes to make a decision, always ask Allah s.w.t. as He knows best for you."

Monday, December 23, 2013

Down Memory Lane~ #1

hello. update lagiiii... eheh. mencuri masa sekejap.

currently, aku sedang menunggu hari peperiksaan terakhir sebagai siswi program ijazah sarjana muda tahun akhir, semester terakhir. pada bulan-bulan yang lepas, aku tak sempat nak tulis apa yg aku nak tulis. so, benda yg best untuk dikenang sebagai budak degree pergi macam tu je... MACAM TU JEK?? eh tak la... ada je kenangan tu dalam bentuk gambar. aku je yang malas nak upload dan post. sebabnyaaa... kan aku dah kata sebelum ni, kerja aku bukannya update blog je semata...  kalau ada masa, ada mood, ada idea, aku bebellah panjang-panjang dalam ni. heh.. bajet macam ada orang nak baca royanan kau je. hahaha

sepanjang empat tahun belajar cari ilmu, cari kawan, cari guru kat bumi Allah kat sini... banyak perkara aku belajar. :) kawan-kawan yang berjasa membawa aku ke alam nyata, tatkala aku terasa biol bila otak dah tepu sangat... hahaha cik puan roommates tahun 1 - 4, petanque teammates, biotech classmates, Ze Meknons and budak-budak aras, jiran pintu bilik sebelah, pintu bilik depan, selang 3 pintu kanan. HOKEH! dah dah... mengarut plak kau ye.

.
.
.

gambar ni masa aku duk ikut the seniors pergi panjat bukit... err... bukit-apa-entah-namanya.
yang kat belakang tu, abaikan. dah terlepet lepas tu. hahaha

masa tu, aku budak tahun 1. senior-senior yang pergi semua tu, budak tahun 3. hmm.. rindu plak kat dorang nih. oh yep. orang yang ambil gmbar ni kalau tak silap si Mad Jed. thanks bro!

.
.
.

tahun 2. this is my first time organize benda ni... Industrial visit ke MGRCB. uiii mak. takut.
berdebar-debar. happy. teruja. semua ada... emm... masa ni, kalau tak silaplah kan, jatuh pada hari yang sama dengan birthday aku tapi aku dah xde mood nak celeb time tu jugak. haha... tired maybe?

saat proposal ditolak berkali-kali oleh pihak fakulti itu yang buat aku macam malaslaaaaaaaaaaa nak buat dah program macam ni. tapi aku bersyukur sangat klasmet aku yang memang sporting and coolio gila. bagi aku sesabar tahap maksima. (macamana tu ye sabar tahap maksima? tak dapat digambarkan... hehe) and yeah, program tu berjalan se-smooth yang mungkin.

.
.
.

tahun 3.
aku tak ingat full name of this program tapi yang pasti regarding kefasihan berbahasa Mandarin dalam kalangan penuntut IPT seluruh Malaysia.
kalau tak silap aku, masa ni aku diserap dalam unit sambutan & protokol.

masa tu dah mula PSM pun... tahun 3 kan... masa tahun 3 jugaklah banyak ups and downs aku. okbai. takmo citer.

.
.
.

tahun 4. final year already... masa ni uni buat "rumah terbuka" sempena sambutan hari raya peringkat universiti. haruslah kena pergi dengan members yang memang sama-sama tahun akhir.  heh.
aku sorang je budak biotech. lain tu, budak kimia.


haaaa... inilah program yang terakhir aku join... "Biotechnology Talk" with the juniors (3rd year students)
sebagai assignment kami. dalam program ni, pengarah program yang sempoi habisan. haha... incik Abdel.
aku dah gelabah gila sebab plan semua lari habis, dia boleh watlek watpis je. ok lah tu. at least, kurang sikit gelisah gelabah aku nih. kalau dua-dua gelabah squared, haha bungkus jgak program tu. saja je letak gambar lepas habis program. so, tengoklah muka memasing. blur ayam. haha


thanks to lecturers, classmates, teammates, roommates, and fellow friends yang kenal aku selama 4 tahun ni (except meknons yang memang dah kenal dari dulu lagi). sabar je layan kerenah aku. sabar je jawab soalan-soalan yang mencabar minda #eh mencabar sabar #iyesangat .

terima kasih atas bantuan kalian. guidance dari kalian. terima kasih. :)

doakan aku ye?

Monday, December 9, 2013

Finals

makin nak habis semester terakhir ni...
makin aku mula menyayangi classmates aku. tapi ada juga yang cari pasal dengan aku.
makin aku sibuk. dengan test, kuiz, assignment dan nak ulangkaji untuk final exam.

tiba-tiba, satu suara sumbang menyela dulu,
"eleh. kata sibuk bagai. tapi sempat je kau update blog?"

aku tulis bila aku terasa nak tulis. yang kau sibukkan aku dah kenapa? kekeke -________________-

tengoklah acane nak cerita ke idak. cerita basi. peram bagi jadi pekasam #eh. aku saja je tulis pendek2 cenggini, saja nak bagi orang tahu, blog ni masih bertuan. ampun laaahh. menggedik dengan statement ni.

Sunday, June 16, 2013

Selamat Hari Bapak!!


Thanks.

Special thanks to a special guy , ever , in my life.

Abah.

Thanks for the entire wonderful years with you.