My first day lapor diri di tempat praktikal. Secara rasminya aku jadi intern pada tarikh ini.
hmm... bersemangat waja hati kental nak mula hari pertama internship. Sesampainya kat sana... ada seorang pegawai ni tanya kat aku, "Intern eh?" Aku pun jawab, "Aah." Aku tak tau pun dia tu pegawai. Lepas tu, dia minta aku tunggu kat bilik kaca sementara tunggu pukul 8 pagi. Oh ye lupa nak mention. Hari pertama aku lapor diri kat situ, aku datang pukul 6.30 pagi.
Enam setengah pagi hokeeeyyyyy.
Serius mengantuk gila. Zzzz
-____________-
Aku pun usunglah beg berat sebab diisi dengan laptop (part ni skema)... Plus, dengan fail yang ada dokumen berkoyan-koyan sebab nak bagi pada pegawai unit latihan. Masuk je pukul 7.30 pagi, h/p aku bertalu-talu masuk mesej. hmm... siapa lagi kalau bukan classmates. Lupa jalan nak gi tempat praktikal, sesat jalan semua bagai. Aku jadi duk sabarkan dorang ni. hehehe...
Pukul 8.
Lapor diri time! ahaha... takde benda sangat. A brief roll call. Kenal-kenal dengan budak praktikal dari universiti lain, pegawai and anggota kat Unit Latihan. Sumpah ramai gila yang praktikal kat situ. Aku ingat sorang dua je yang praktikal. Aku dapat tahu rupanya ada lebih kurang 25 orang masa tu yang praktikal (belum campur kitorang... huuhu). Then, briefing pasal tempat praktikal, isi segala borang berkaitan, serah segala dokumen universiti, peribadi and so on... lepas tu aku dengan classmates lagi tiga orang tu dibawa ke Unit Audio/Video. <--- tempat pertama kitorg praktikal untuk dua minggu pertama. oh ye orang yang tanya kat aku "Intern eh?" masa pepagi buta tu rupanya pegawai kat situ. Hokaayyyy I kenal dah. Siap boleh dia kata kat classmates aku, "Haaa... Dia dah kenal saya dah pagi tadi." ok fine.
Maka bermulalah rutin harian menjadi pelajar praktikal selama 6 bulan lamanya.
(aku punya kes istimewa sikit. aku praktikal 6 bulan 2 minggu. eheh. sayang sangat kut kat situ. hahaha) Walau apa pun, masa jadi intern kena banyak belajar. Even orang kata macam siput, ye la... benda baru kannn... mestilah agak slow pada mulanya tapi at least kau belajar jugak benda yang takkan kau study kat uni. Betul tak? Sekarang ni takdenya benda-benda macam tu unless kau redah je.
Untuk junior-juniorku, adik-adik biotech, meh sini kakak nak ucapkan...
"Selamat ber-latihan industri. Selamat menjalan praktikal."
Adios momentos. (sambil kunyah gula-gula Mentos)
Pesan #2: Tak perlu fikir apa orang lain kata. Bila kau susah, tiada siapa yang akan tolong kau, melainkan pertolongan dari Allah s.w.t. jua yang mampu tenangkan hati kau...
P/s: Moga dia aman dalam jagaanNya.
Till then. Assalamualaikum.
1628
Rumah, Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Leave your footprints here. Use good words.
Treat me as how you want me to treat you.
Arigato! :D