Showing posts with label Internship. Show all posts
Showing posts with label Internship. Show all posts

Saturday, February 21, 2015

Past Moments 170214

17 February 2014

My first day lapor diri di tempat praktikal. Secara rasminya aku jadi intern pada tarikh ini.

hmm... bersemangat waja hati kental nak mula hari pertama internship. Sesampainya kat sana... ada seorang pegawai ni tanya kat aku, "Intern eh?" Aku pun jawab, "Aah." Aku tak tau pun dia tu pegawai. Lepas tu, dia minta aku tunggu kat bilik kaca sementara tunggu pukul 8 pagi. Oh ye lupa nak mention. Hari pertama aku lapor diri kat situ, aku datang pukul 6.30 pagi.



Enam setengah pagi hokeeeyyyyy.
Serius mengantuk gila. Zzzz

-____________-



Aku pun usunglah beg berat sebab diisi dengan laptop (part ni skema)... Plus, dengan fail yang ada dokumen berkoyan-koyan sebab nak bagi pada pegawai unit latihan. Masuk je pukul 7.30 pagi, h/p aku bertalu-talu masuk mesej. hmm... siapa lagi kalau bukan classmates. Lupa jalan nak gi tempat praktikal, sesat jalan semua bagai. Aku jadi duk sabarkan dorang ni. hehehe...

Pukul 8.

Lapor diri time! ahaha... takde benda sangat. A brief roll call. Kenal-kenal dengan budak praktikal dari universiti lain, pegawai and anggota kat Unit Latihan. Sumpah ramai gila yang praktikal kat situ. Aku ingat sorang dua je yang praktikal. Aku dapat tahu rupanya ada lebih kurang 25 orang masa tu yang praktikal (belum campur kitorang... huuhu). Then, briefing pasal tempat praktikal, isi segala borang berkaitan, serah segala dokumen universiti, peribadi and so on... lepas tu aku dengan classmates lagi tiga orang tu dibawa ke Unit Audio/Video. <--- tempat pertama kitorg praktikal untuk dua minggu pertama. oh ye orang yang tanya kat aku "Intern eh?" masa pepagi buta tu rupanya pegawai kat situ. Hokaayyyy I kenal dah. Siap boleh dia kata kat classmates aku, "Haaa... Dia dah kenal saya dah pagi tadi." ok fine.

Maka bermulalah rutin harian menjadi pelajar praktikal selama 6 bulan lamanya.
(aku punya kes istimewa sikit. aku praktikal 6 bulan 2 minggu. eheh. sayang sangat kut kat situ. hahaha) Walau apa pun, masa jadi intern kena banyak belajar. Even orang kata macam siput, ye la... benda baru kannn... mestilah agak slow pada mulanya tapi at least kau belajar jugak benda yang takkan kau study kat uni. Betul tak? Sekarang ni takdenya benda-benda macam tu unless kau redah je.

Untuk junior-juniorku, adik-adik biotech, meh sini kakak nak ucapkan...
"Selamat ber-latihan industri. Selamat menjalan praktikal."


Adios momentos. (sambil kunyah gula-gula Mentos)


Pesan #2: Tak perlu fikir apa orang lain kata. Bila kau susah, tiada siapa yang akan tolong kau, melainkan pertolongan dari Allah s.w.t. jua yang mampu tenangkan hati kau...
P/s: Moga dia aman dalam jagaanNya.



Till then. Assalamualaikum.
1628
Rumah, Malaysia.

Friday, September 5, 2014

Kapal Kawan

Untuk kesekian kalinya aku menconteng blog ni...

Aku nak utuskan rasa rindu pada dia.
Aku nak sampaikan rasa sayang pada dia.
Aku nak beri rasa cinta pada dia.

err... siapa dia tu?

Insan bergelar K.A.W.A.N.

Jujur aku katakan, yang namanya kawan tu takkan pernah pisah dari hidup aku melainkan dengan izin dari Allah s.w.t., bila sampai masanya nanti, akan terpisah jua ikatan sahabat ni. Walauapapun, aku ingin menjadi salah seorang sahabat yang baik. Antaranya, mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya.

Aku bukanlah yang terbaik.
tapi aku ingin menjadi yang terbaik untuk kamu.


*untuk ika, ayin, fareha, norul, diana, amirarina, dbadebab. dan untuk kawan baru (yg tak berapa nak baru, una, fikri, jeff, amira, zila, hajar, huda, arina, nor, anjulia, dan smua yg terasa dekat di hati)*

p/s: Una, thanks melayan kerenah aku satu harini... moga Allah s.w.t. balas segala kebaikan kau. terima kasih temankan aku kat situ selama beberapa minggu. hehe... :)

Saturday, August 16, 2014

Last day of internship

Okeh.
Officially, done my industrial training. :) Am leaving them for good. hehe...
For Una, I won't be there for two weeks. Use your time wisely. ahaks!
For Fikri (a.k.a fikara chan. duh...), aku tak puas hati sebab tak dapat buli kau lagi! hahahaha

By the way, thanks future (maybe...) senior for the moments. Ngeh3. Aku selalu kut buat bising, malas gila nak buat kije... Sorry. Mintak ampun smua salah silap aku, mintak halal ilmu, makan minum, hartabenda hatta dakwat pen (kut pernah terguna kat meja korang), mintak dihalalkan semua ya. :( siapa kata last day intern tu seronok? memanglah seronok, happy, sebab dah habis intern tapi sebab ukhwah tu dah kuat en... (ye keee hahaha) so, it's difficult to break the bond (acece...)



It's hard to say goodbye, cuz I already left my heart in ...



Hmm... kata kena interview. Nak tunggu isnin macam jadi macam tak jadi je. Dukturnya macam ada macam tak ada je. Aku pun macam berbelah bagi macam pergi macam tak pergi je. Cemana ni...

Makanya, ikut gerak hati yang telah Allah s.w.t tetapkan untuk aku. Akan aku tuju pada situ.
InshaaAllah.
Moga Allah s.w.t. permudahkan urusan aku.

Wednesday, August 13, 2014

Kejutan untuk seorang aku

#playing Astrid - Terpukau

Heeeee~~
Dapat kejutan untuk hari ini. Terima kasih! Tidaklah kejutan sebesar bumi, or got prank like wakenabeb... Biasa je tapi oklah untuk aku yang biasa2 aje. heheh... I'm appreciate it. eheh, petang tadi otw nak ke lobi depan, cik wan nampak. hee~ Agaknya cik wan nak panggil saya, tapi terkejut bila tengok orang sebelah. hehe... kita senyum aje. :P 
_______________________________________________________________________________

Aku dah janji, aku nak pilih untuk gembira. :) dan aku harap cerita ini jangan terhenti di sini.
Terima kasih future senior.

P/s: Jumaat hari last intern... sedih plak rasa. tapi cuak lagi nak tunggu Isnin ni.

Tuesday, August 12, 2014

happy gumbiraaa

hari ini, penuh dengan rasa.
semua duk tanya dah kenapa kau kena extend internship and so on...
agaknya duk canang dalam wasep wasap bagai lettew.
penat aku nak jawab sorang2.
aku ganti 2 minggu cuti haritu sebab aku gi wakil U la untuk MASUM...

ok. aku dah jawab.

sekarang, kau nak apa? gembira, sedih, bengang, semua ada... tapi aku pilih untuk jadi diri aku sendiri.

gembira menjadi diri sendiri
gembira nampak ami (in pink gteww...)
gembira hari ini pakai baju kurung pink
gembira dapat jumpa budak2 praktikal lagi
gembira masih boleh menggila huu haa dengan jeff, fikri, amira and etc.
gembira dapat join sekaki majlis hari raya tuuu

dan...
gembira sebab Allah s.w.t masih beri peluang pada aku lagi untuk bertaubat

cukup dengan itu. maka aku pilih untuk gembira.

Monday, February 24, 2014

Cerita Semester 8


bukan aku yang jadi tikus makmal tu...

tapi nak cerita kat sini, yang aku dah jadi seorang ...

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:




yaaa.... I'm an intern. Seorang pelatih / pelajar praktikal di salah sebuah organisasi kerajaan dalam Malaysia. :)

Alhamdulillah. dapat juga tempat untuk praktikal.

masuk kerja pukul 8 pagi dan sekarang tak tidur lagi. oh yeah. sekarang 12:36 pagi (waktu Malaysia). dahlah. setakat ini dulu. Ada masa dan juga izin dari-Nya, sambung cerita lagi. hehe... :) Good night! Semoga tidur dan jaga kita dalam iman.


p/s: alhamdulillah. result exam haritu, baik-baik aja!